Assalamualaikum..
So petang tu, after habis pertandingan pidato separuh akhir.. Bermulalah langkah ku merayap rayap di sekitar area JB.. Huhu.. Actually dah janji dengan Cikgu Marina and Nadia nak jalan petang ni.. Tepat pukul 4.30 petang, aku dengan Cikgu Suzy turun bawah.. Tengok tengok dieorang belum sampai. Sempat ambil gambar dekat depan lobilah, apalah.. Cikgu Suzy memang. Haha! Then, Cikgu Marina dah ada, yg lain belum sampai. Dekat 15 minit jugalah aku menunggu.. Dan akhirnya Cikgu KL dengan Aisyatul and Cikgu JB dengan Nafisah pun tiba.. Kami berjalan keluar dari Hotel.. Kononlah nak pergi lepak tepi laut, padahal kawasan tu sumpah busuk ok.. Tak jadi.. Aku ambil je gambar, quite nice lah view di situ.. Tapi kan semalam, time on the way pergi Hotel, ada seorang budak Cina mandi dekat situ.. Oh Mak Guard.. *tekup pipi*.. Seriously? Ku tak percaya.. Haha! At that moment kiteorang memang tak ada arah tuju. So dengan murah hatinya aku menghabiskan kredit menelefon Kak Ma.. Cheh, Aren tu pun nak kedekut ke? Haha... Just kidding. Ok, time tu cakap dengan Abang Faizal. Dia bilang shopping paling dekat CS.. Bila aku cakap dieorang cakap KSL.. Aku pun blur.. That two places are different ok.. So kiteorang semua sewa cab pergi KSL.. Si Nadia kata KSL ada satu kedai jual barang Korea je.. Ni aku nak melompat macam katak ni.. Hahaha! Aku satu cab dengan Aisyatul, Nadia and Cikgu Marina.. Sampai sampai je Cikgu Marina bayarkan cab.. Dia belanja.. Huhu! *kiss pipi cikgu*.. Huhuhu.. Then bila semua dah sampai kiteorang jalan jalan sekitar tu. Ikut si Nadia cari kedai Korea. Pening kepala aku ikut dia. Dia tarik aku sana sini. Naik pening, macam takde arah tuju. Semua kedai kiteorang masuk, keluar masuk, tak beli apa pun.. Macam orang asli masuk shopping pun ada. Haha! Ok fine tak lawak..
Nak tahu tak, sepanjang dekat shopping mall tu, asyik lagu OPPA GANGNAM STYLE je diputarkan. Lalu mana mana pun still lagu tu.. *joget style oppa*.. Hot seyh.. Haha! Finally, Nadia decide beli hadiah birthday untuk Ibu dia.. Letih den ikut budak kecik sorang tu.. Bilalah dah dapat barang, nak cari makanan. Cikgu KL tu kata nak beli roti.. Alih alih lalu depan SUBWAY.. Honestly speaking, for the first time I heard about this word was on Twitter and I thought that was a train.. Oh god, Aren zaman mana kau hidup ni? Haha! *masuk dalam baju*.. Haha! Kesian aku. Then, si Aisya ajak makan dekat situ. Nadia pun kata nak try. Aku hauslah nak try sebab dekat Melaka tak ada. Haha! So si Aisya dengan baik hati belikan, cause dia selalu makan. Aku ikut choice dia mana yg sedap. Rupanya dekat sini, layan diri je. Oh macam tu. Haha! For the first time I tried Subway, and that was really awesome. Mouth watering ok. Rasa macam nak beli lagi. Cookies dia pon sedap, cuma lemau sikit. Hahahaha! Dah habis makan, tibalah masa balik Hotel. Keluar dari situ, Cikgu JB tu tengah usha Pak Cik Cab, minta murah. Kiteorang minta cab yg besar tu, senang sekali harung je naik. Lepas runding runding, dapat harga murah.. Huhu! Balik terus pergi Ballroom 2. That was dinner time. Time tu aku try Mi Rebus. Rasa kenyang nak makan nasi. Cheh, di sini dengan berlagaknya aku menggunak CHOPSTICK untuk makan. Haha! Kereklah sikit. Then nampak budak budak pemidato lelaki masuk makan. Dieorang semua pakai baju sekolah. Huhu! Dah agak dah. Balik bilik, mandi solat semua, siap siap turun bawah.
Sebelum turun bawah, sempat lagi aku dengan Cikgu Suzy ambil gambar dalam bilik. Haha! That was why we were late going down. Bila sampai sana, orang dah berucap. Semua tempat tak ada yg kosong. Sumpah segan di situ ok. Last sekali duduk depan sekali. Ya Allah nak memekak tak boleh. Geng lain pun jauh. Aduhai, memang main Twitter je time tu.. Dan diumumkan 10 pemidato yg layak bertanding esok. Lepas sorang sorang naik, and aku dah jangka aku tak akan dapat. That was true. Tak ada rezeki, nak buat macam mana. Tapi si Nadia dapat tu. Tu paling tak sangka. Ada 7 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Kalau last year 3 orang je lelaki. Wah lelaki ada kemajuan nampak.. Hahaha! *buat muka tak bersalah*...
Bila dah habis tu, cikgu cikgu lain ajak bergambar dengan dieorang. Even kalah, tapi still boleh gelak gelak. Time tu rasa nak nangis tapi cover je. Well, I'm great at faking smile.. Huhu! Ambil gambar puas puas. Mat Ganu pun join kiteorang. Bila keluar je, 10 pemidato terbaik tengah ambil gambar. ye di situ ada rasa jealous, tapi ada aku kisah? Hahaha! Tapi kan sempat ambil gambar dengan seorang budak Cina ni, dia masuk final, nama dia Chun Wei. Tadi dia bersemangat gila dekat atas pentas.. Tagline dia EKONOMI. Huhu! Dari belakang dia jalan macam ahli koperat. Kalau aku tak kenal dia, sumpah mati mati aku ingat dia pengurus hotel tu. Hahaha! After that kiteorang decide pergi jalan jalan dengan berbaju sekolah.. Well, kami kan pelajar sekolah. Huhu. Mula mula pergi The Zon Mall.. That was the second time I went there. Jalan jalan sampai kedai nak tutup. Cikgu busy cari barang, kiteorang budak budak ni memekak sampai tak hingat dunia.. Orang pandang je kami. Apahal? Tak puas hati? Haha! Sorrylah CUSTOMERS ALWAYS RIGHT. Get it.. *sitting like a boss*..
Tengok jam dekat pukul 11. Kiteorang jalan keluar dari Mall. Then singgah satu kedai makan. See, makan lagi.. Mana nak diet kalau asyik makan je. Seriouly selera dekat sana macam harimau ok. Haha! Si Mat Ganu kata Tom Yam dekat De Stulang sedap. So aku pun order. Bila sampai je penuh dengan sampah. Rasa pedas je lebih. Ish, ni aku tak suka ni. Si Nafisah pula tak makan Mi Sup kalau tiada sambal kicap. Orang Jawalah katakan.. Haha! Tapi not bad lah makanan dekat situ. Huh, lupa pula. Ada sorang lagi budak KL join kiteorang. Nama dia Mariam. Huhu! Tiba tiba datang 2-3 orang budak lelaki, merayau rayau.. Last last makan dengan kiteorang juga. Bila time bayar, Cikgu Suzy pergi toilet. Lah rupanya dia belanja. Huhu! Then budak budak lelaki tu siap puji cikgu suruh belanja. Haha! Untunglah korang cikgu aku belanja, makan free malam tu, dahlah dapat masuk final. Dekat pukul 12, kiteorang pun balik. Takut nak stay lama lama dekat situ. Haha! Kang ada orang mabuk kacau baru tahu.
Si Nafisah call Mat Ganu, ajak lepak. Yelahkan esok tak ada benda nak difikirkan lagi. Haha! Dah kalah awal. Sementara tunggu dieorang, sempat posing dekat tangga level 5, depan cafe. Tengah syok ambil gambar, ada pekerja dekat situ offer nak ambil gambar kami. Wah baiknya kamu.. *thumbs up*.. Huhu! Sampai je si Nuril dengan Mat Ganu, terus memekak tak hingat dunia. Si Nuril kata aku dengan Mariam macam adik beradik. Ada ke? Sikit kot, sebab aku putih.. Tapi aku rasa aku lagi cun.. Haha! *muntah darah* :O~... Then, bila dah tak tahu arah tuju, si Nafisah ajak lepak depan bilik aku dengan dia. Situ ada kawasan lapang nak duduk. Kiteorang duduklah depan lampu tu.. Doing nothing. Si Nuril pula berlatih dengan Aisya. Yelahkan, esok nak lawan lagi. Macam macam topik keluar malam tu.. Ada pasal Oppa Gangnam Style, Kahwin Lebih Satu, Madu, Cinta and so on. Tapi topik hangat haruslah pasal MADU. Nafisah kata dia sanggup bermadu kalau suami dia nak kahwin lain. Oh ini gila, kalau aku aku memang tak sanggup. Terus aku cakap dekat dia "KALAU AKU ADA SUAMI, AKU NAK DIA JADI MILIK AKU SEORANG SAHAJA, TAK SANGGUP BERKONGSI, DIA HAK AKU".. Cheh, ayat nak tegas.. Haha!
Apabila jam cecah pukul 1 lebih, si Mat Ganu dengan Nuril pun balik bilik. Nak prepare untuk esok. Kiteorang sambung lepak lagi. Masuk pukul 2, aku pun tak tahan nak tidur. Ngantuk siot. Balik bilik, bersihkan badan semua. aku pula tak boleh tidur. Duduk dekat tepi tingkap, layan perasaan. Oh god, why I felt so sad.. Time tu aku nangis sorang sorang. Then Cikgu Suzy sedar, dia ingat aku tak balik lagi, kelam kabut dia. Haha! See, aku tertidur tepi tingkap. nasib baik tak jatuh, sebab aku tersepak tingkap tu dan ia terbuka. Haha.. Then, I don't know how I slept.. Sedar sedar dah pagi.. But that night was totally awesome.. Korang memang sporting :)
Ni lah reason kami turun lewat ke BallRoom
Peace yo, even sedih :P
Johor + KL + Melaka + Kelantan :)
Merewang sekitar hotel malam malam
Tu dia EKONOMI.. Haha. Apek Perak :P
They're the Finalist, they're the best :)