JellyPages.com

Saturday, February 16, 2013

7 Hari Mencintaiku

Assalamualaikum...

7 Hari Mencintaiku..???? Macam pernah dengar je kan? Tu nama novel lah. Bukan kisah hidup aku bercinta 7 hari.. Aku memang suka sangat sangat novel ni. Kawan aku suggest untuk baca sebab dia kata for sure boleh tangkap leleh punya.. Tengok muka surat 1000++.. Alahai ni aku nak baca? Bila dah start baca, huh tak henti henti aku nak baca.. Bagi aku penulis dia, SITI ROSMIZAH ni sangat berbakat. Dia buat pembaca tertanya tanya kesudahan hubungan Khuzairi dengan Mia Adriana..  Aku bagi novel 7 Hari Mencintaiku 9/10.. Novel pertama yang buat aku menangis.. Huhu! Good Job Siti Rosmizah :)

Khuzairi :
Aku paling suka watak ni.. Watak ni menggambarkan betapa penyabarnya seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya.. Sanggup berkorban untuk Mia.. Beli rumah, pasang air cond, tidur dekat bawah katil, paling sweet time Ri kipaskan Mia malam malam sebab panas.. Dia tak pernah bosan dengan Mia.. Romantik pula tu.. Ikut novel Ri ni handsome walaupun kulit gelap.. DOKTOR tu beb ada ladang kambing lagi.. Tapi dia kan kuat cemburu.. Pantang sikit kalau ada orang usik bini dia, mulalah perasaan cemburu tu.. Haha! 

Mia Adriana :
Mula mula aku benci watak Mia ni. Dia punya sombong angkuh takabbur semua menyakitkan hati.. Tapi bagi aku dia seorang yang tabah sebab dia dibesarkan dalam keluarga serba mewah, tup tup semua benda hilang sekelip mata. Papa tempat dia bermanja pun meninggal dunia.. Macam mana nak hidup dalam keadaan serba kekurangan sedangkan dulu hidup macam puteri raja.. Tapi aku respect dekat Mia sebab dia cuba buka pintu hati dia buat Khuzairi.. Tolong selamatkan suami dia daripada dianiaya.. Dia sayang Ri tu tapi EGO. Yang pasti bila dah nak sampai kesudahan cerita, aku suka gila watak Mia.. Semua yang dilakukannya hanya untuk Ri :)

Mak Leha :
Huh Mak Leha, dari mula aku baca novel sampai dah nak habis novel aku rasa menyampah dengan watak ni. Aku tak tahulah mana datang perangai seorang ibu macam ni. Walaupun tak suka Mia janganlah hina maki hamun dia. Anak dia buat dajal tidak diherankan, anak orang lain buat jahat satu kampung dicanang.. Haish Mak Leha Mak Leha.. Untung dia sebab anak tiri dia, Ri sayangkan dia. Kalau dia tak berubah waktu ending, memang rasa nak hempap hempap je watak ni.. Hahaha.. :)

Syakila :
Ni watak yang paling aku benci dari mula lagi.. Dia punya jahat memang terselindung di sebalik Tudung dia. Semua orang sayang dengan dia. Ikut kata Helmi, Ila ni cantik. Tapi cantik lagi Mia. Dia tu anak dara tapi mulut mengalahkan orang tua. Hish, teruk perangai. Bila dah tunang dengan Ri, mulalah jadi kucing Siam bagai.. Padahal Ri tak pandang langsung. Tapi last sekali aku suka sebab dia dapat balasan atas apa yang dia lakukan.. Dia kena ingat CINTA TAK BOLEH DIPAKSA :)

Helmi :
Mula mula Helmi ni jahat.. Dia dendam dengan Mia. Sanggup buat apa saja demi DUIT sampai khianat abang dia sendiri. Hish, terukkan? Alhamdulillah di pengakhiran cerita dia berubah.. Berubah ke arah kebaikan :)

Sofi :
Sofi ni sepupu Mia.. Dia memang baik. Cuma family dia yang tak baik.. Aku rasa watak ni paling ok lah. Selalu support Mia dari belakang.. Berubah dari jahil kepada yang lebih baik :)

Khalil :
Ni watak lelaki dayus yang aku memang tak sukalah. Anti gila. Dia sanggup berkorban jadi Pak Sanggup sebab DUIT? Errr, bila dah menyesal macam macam rancangan dia nak pisahkan Mia dengan Ri. Mia sikit pun taknak duit haram dia tu.. 

Pak Samad :
Pak Samad ni ayah Ri. Dia baik sangat. Selalu bela Mia dan anggap Mia sebagai anak dia sendiri.. Sanggup teman Mia shopping baju mengandung pusing bandar semua. Haha! Watak ayah ni memang terbaiklah :)



Pengajaran .....
1) Redha menerima Qada' dan Qadar Allah
2) Berpijaklah di bumi yang nyata
3) Bersyukur dengan kurniaan Allah
4) Jangan bongkak dengan kurniaan Allah
5) CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA

7 Hari Mencintaiku rupa rupanya 7 hari di mana Mia meminta Ri untuk menyayanginya sebelum berkahwin dengan Syakila walaupun itu hanya lakonan.. Itulah maksud tajuk novel ni :)

Tuesday, February 12, 2013

Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum..

Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni Ya Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni .... Toche Toche.. *tarian singa* Hahaha.. Gong Xi Fa Cai..

In conjuction with Chinese New Year, I would like to write about one of my Chinese best friend, Gan Han Yee.. May this year would be better than last year.. Huhu! Aku kenal Han Yee tak lama pun.. Baru 2 tahun. Dia kawan Cina aku yang pertama.. Plus, dia tinggal belakang rumah aku. Bila aku masuk SMK Iskandar Shah, aku mula kenal dia. Sebab hari hari aku tumpang dia balik. Atuk dia yang offer untuk tumpangkan. Tapi baiknya hati Atuk dengan Han Yee ni, ada ke aku ni penumpang diaorang suruh duduk depan, biar Han Yee duduk belakang atas kerusi kuda.. First first memang taknak tapi dah asyik paksa, aku ikutkanlah. Baik kan? Kalau aku ada kelas balik lewat, Atuk dia mesti datang tunggu. Sampailah aku Form 5 bila dah bawa motor pergi sekolah, Atuk dia masih datang ambil kami. Nak nak hari hujan siap hantar baju hujan kau tahu. Aku ingat lagi time tu SPM and aku bawa motor tiba tiba hujan.. Atuk dia datang bawa baju hujan.. Terharu sangat sangat. Yelah aku ni mana ada Atuk. Nenek je tapi tu pun tak rapat sebab jarang balik. Even though he is Chinese and Buddhist, it doesn't matter with me. Their family is really nice with me. *thumbs up*

One more story, dulu time Mama pergi Graduation Along dekat Shah Alam, aku ditinggalkan keseorangan dek kerana aku ada exam time tu.. Sia sia je jahit baju Batik tu... That day Atuk dengan Han Yee lah yang teman aku. Balik sekolah pergi makan dengan Han Yee, bila malam Atuk dia pula bawa aku pergi makan. Pintu belakang rumah dia memang tak tutup sampailah mak aku balik.. Betapa bertanggungjawab Atuk Han Yee ni.. Huhu! Aku sayang dia tau. Tapi kadang kadang bila dia batuk ke sakit aku jadi risau.. Maybe instinct CUCU. Hehe! Ramai juga cakap aku kalau tak pakai tudung boleh jadi adik beradik dengan Han Yee. Maybe sebab kulit aku kot dengan mata aku yang agak tak berapa nak sepet tu! So that day, during Chinese New Year, Han Yee dah siap text aku nak tengok dia pakai Cheongsam tak? Aku apa lagi memang naklah. Bukan selalu. Bila sampai rumah dia a.k.a belakang rumah aku, cheh ayat macam jauh je, huh kau ramai saudara mara dia. Huhu! Dieorang punya layanan tip top. Takde sombong sombong even though ayah mak Han Yee tu orang kaya kau tau. Diaorang sangat kaya tapi mengamalkan hidup secara sederhana.. That's why aku respect family dieorang. Tak kalau Melayu bila kaya sikit, Datuk sikit, Tan Sri sikit, VVIP sikit, huh mula nak angkat muka taknak dah pandang orang lain. Well typical Malay. Am I right...? Tak semua lah.. Jangan bash aku pula..

Banyak juga borak dengan family dia semua.. Han Yee pakai getah rambut yang dia beli dengan aku time keluar hari tu. What I want to say, she's gorgeous wearing Cheongsam.. Ada Aunty tu cakap it is better for me to wear BAJU KURUNG, so that I'll suit with Han Yee. Alo, lupa plus aku memang malas. Just shirt and cardigan, as simple as I can.. Huhu! Btw, this year we're 18. After I heard that Han Yee want to continue her study in Form 6, I feel sad.. Cause I really hope we can enter the same University. She says that she wants to move at Rim, not staying at Taman Maju anymore.. Hurm, ok fine, aku sedih.. Hari hari tau nampak muka Atuk, Nenek dengan dia. Pergi pasar malam sama sama. lepas ni dah takde. Sedih.. :'( .. Dia cakap its okay, kalau cuti datanglah rumah dia.. Nanti atuk dia hantar buah kalau musin buah.. Huhu! Terpujuk sikit hati.. 

Apa apa pun, I think she is the best, bukan setakat pandai, tapi baik and tak sombong.. How lucky I am to know her.. Huhu! Dear Han Yee, we're 18 now.. I really really our friendship will last.. Thanks for being my friend and thanks also for those things.. I LOVE YOU girl :)


 Sitting like pengantin aku ni.. Hahaha XD

 Cheeeesssseee for FRIENDSHIP :)

It's better for me to wear Kurung :P

Friday, February 08, 2013

Takut

Assalamualaikum..

Oklah hari ni aku nak cerita something. Baca tak tajuk dekat atas tu.. Aku cakap TAKUT.. Hehe.. Ni bukan dongeng aku nak cerita pasal takut hantu ke, takut momok ke, takut apa ke.. Haha! Gila kau kalau jumpa aku pun takut doh.. *lari sepantas kilat* ..Meh aku describe kan sikit tentang TAKUT.. Kalau ikut kamus Dewan Edisi Keempat TAKUT tu ialah perasaan gentar atau bimbang. Haha! Ayat macam nak Berpidato... 

First of all aku nak cakap ni yang aku terlalu TAKUTkan ALLAH S.W.T.. Siapa tak takut Allah memang tak tahu nak cakap apa lah kan.. Bagi aku Allah boleh tarik semua yang kita miliki dalam sekelip mata. Dia yang Maha Berkuasa.. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa tawaduk dengan apa yang kita miliki... Diri aku, jiwa aku, hati aku hanya kepada Allah aku serahkan.. Tanpa dia siapalah aku kan? Allah lah yang paling aku takutkan sekali.. Semoga dengan takutkan Allah hidup kita sebagai muslim akan lebih diredhai..

Second.. Aku TAKUT kehilangan Mama, Abah dan Keluarga aku.. Mereka ibarat nyawa aku sendiri.. Mama memang tempat aku luahkan rasa.. Dia pendengar yang setia.. Tak pernah mengeluh dengar cerita aku.. Abah lagilah.. Tempat aku bermanja.. Semua benda aku nak abah usaha untuk dapatkan. Dia terlalu menjaga aku.. Taknak aku hidup dalam bahaya. Walaupun sometimes rasa macam terkongkong, tapi Abah maybe ada reason yang tersendiri.. Its okay lah. Next along angah dan adik.. Kami selalu bergaduh selalu bertekak. Tapi mungkin perasaan sayang dalam family, aku tak pernah ambil hati sikit pun. Kalau dengan orang sumpah aku terasa.. Haha! Tak dapat aku bayangkan tanpa mereka macam manalah aku nak teruskan hidup.. That's why aku takut sekiranya kehilangan mereka..

Third.. Aku TAKUT kehilangan kawan aku terutama sekali kawan baik.. Semua orang mungkin tahu ada perbezaan antara Kawan dengan Kawan Baik.. Bagi aku, kawan baik, aku anggap mereka seperti adik beradik aku sendiri.. Tapi ada orang pernah cakap yang persahabatan boleh terputus sekiranya kita tidak menjaganya. Ya Allah, jujur dari hati memang aku taknak semua itu berlaku. Aku memang taknak kehilangan seorang pun kawan aku.. Mereka tempat aku bersedih, bergembira, berkongsi.. Aku rasa macam tak kisah nak bergurau ke nak berkongsi cerita ke, sometimes nak kerek ke.. Haha! Ish buruk perangai kau Aren.. haha

After that... Aku TAKUT kehilangan apa yang telah aku sedia miliki. As example, hari aku ada hp BB.. Tiba tiba esoknya hilang.. Gila. Mestilah sedihkan? Itulah maksud aku. Tapi aku ni sebagai manusia biasa, kena terima qada' dan qadar Allah sekiranya perkara itu terjadi... Mungkin ujian itulah yang akan menguatkan aku..

Then.. Aku TAKUT nak ambil apa apa ujian. Tak kisahlam UPSR ke, PMR ke, SPM ke. Surely aku akan jadi gementar seterusnya kelam kabut. Itulah watak semula jadi aku. Haha! Nak amek test undang undang pun terpaksa memaksakan diri. Kalau tak tak dapat nya lesen P tu. Tu baru undang-undang belum JPJ. Lagi aku jadi semput.. Haha. Siapa tak takut ujian, gua tabik sama lu....

Next.. Aku TAKUT binatang yang muka pelik pelik.. Seram doh. Kecik besar je aku tengok dia. Tak payah yang pelik, kucing pun aku takut.. Haha! Erh kura kura abang aku yang besar tapak tangan tu aku jerit jerit tengok.. haha! Dasyat aku ni..

Kalau nak cerita banyak juga aku takut.. Takut orang tak maafkan aku kalau buat salah, takut orang benci aku, takut sakit, takut makanan tak sedap, takut jatuh, takut accident, takut kena marah.. Erh macam macam takutlah. Kalau aku cerita satu satu, tahun depan pun tak habis.. Berapa punya banyak takut lah. Memang PENAKUT betul.. *sambil nyanyi lagu Yuna*

Lastly.. Aku TAKUT untuk disakiti lagi. Ramai tanya kenapa single, kenapa tak bercinta.. Aku jadi ngeri bila sebut perkataan CINTA. Dengan apa yang telah terjadi, buat aku jadi serik. Mungkin itulah pengajaran.. Pepatah Inggeris pernah berkata "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER".. That's why aku tak pernah salahkan dengan takdir hidup aku.. Mama selalu kata, kalau kita baik, Insyaallah yang datang itu pun akan baik.. Insyaallah Allah yang tentukan siapa bakal imam ku nanti. Bukan sekarang, bukan esok, bukan lusa.. Mungkin hari yang mendatang. Who knows? Only Allah.. Insyaallah, Amin Ya Rabbal Alamin *usap muka* .. :)



p/s : Adakah aku bermain dengan emosi atau aku je tak boleh terima kenyataan buat entry ni? *blur* .. Hahaha

Tuesday, February 05, 2013

4th February... A Pra-test Story

Assalamualaikum...

Hari ni terasa bahagia sangat sangat. Bahagia bukan sebab aku berlaki ke apa, tapi... Jeng Jeng Jeng.. Haha.. Ok dah merepek. Hari ni sebenarnya aku ada pratest kereta. Kau tahu, aku baru belajar 7 jam, mana cukup 8 jam, Sir Wang dah paksa beta pratest. Kalau boleh nak JPJ awal awal. Hish, Sir ni. Dia pun tahu aku macam mana. Drive pun kalut.. Haha! A night before that, aku memang tak boleh tidur, guling sana, guling sini, nah sekali Mr Teddy juga aku sepak sampai jatuh katil. Kesian dia. Alololo..

Lain punya cerita, gua ni bangun lambat.. Mama boleh rileks je.. Huh, baru kau tahu sarapan kalut macam apa. Nasib baik tak jelahak mee hoon goreng tu. Haha! Tengok jam 8.55 pagi. Alamak.. *tepuk dahi*.. Alih alih mama sibuk nak ikut juga. Tapi nasib macam malang je, erh mulut.. Pagi tu hujan. Aku memang suka.. Alhamdulillah tak panas. Tapi yang jadi masalahnya, test masih diteruskan. Aku di situ hanya membuat muka seperti ini O..O .. The fish betul. At the same time, aku jumpa Zue.. Nasib baik dia ada di sisi untung tenangkan aku. Banyak juga tips dia bagi. Paling best dia kata "Sir John tu susah nak gagalkan orang".. Sengih ke telinga gua lu tau.. Haha! Tapi kereta dia sikit problem. Terus aku call Suraya. Dia pun cakap benda sama dengan ZueZue. So legalah sikit.. Then lepak kejap dengan Piqa.. Macam macam benda. Aku ni dahlah kepoh macam apa je. Haha

Ok dah sampai turn. Ada cikgu perempuan panggil aku then tunjuk jari telunjuk sambil goyang goyang. Ecewah, aku pun adalah jari tu, runcing lagi. Hahaha! Ok gurau. Cikgu tu siap bagi pesanan suruh tabik hormat lah, tunduk lah, apalah. Tak kuasa aku melayan. Lawak lah tu..*muka menganjing*. Haha! Ok Sir kata nak pergi jalan A, gua punya gelabah, semua lampu aku matikan. Apakah ==' ..Dia pula yg rajin on kan. Tapi kenapa erk aku rasa kereta dia ok je. Takde prob dengan clutch pun. Dah lah drive tengah hujan, gua drive 30km/j. Huh, berhemah kan? Baik kau angguk cepat. Haha! Time jalan yang ada bagi laluan, dia suruh aku pecut, jangan bagi orang belakang potong. And I just like o_O !? Time lalu kawasan had laju, dia marah aku drop gear. Suruh aku pecut.. And I just like :O ... Am I in the real world?

Nasib baiklah semua berjalan lancar. Dia tu semua nak laju. Aku punya berhemah sampai 20km/j aku drive. Haha! Ok time dekat litar gua paling risau. Naik bukit..? Yeay, lulus. Parking...? Yeay lulus.. Ada dia suruh buka tingkap time hujan. Kuyup gua. 3 Penjuru..? Pergh paling aku takut. Tapi yeay, lulus :P .. Overall, aku nak cakap ni AKU LULUS.. Haha! Cheh bangga sekejap. Aku tanya Sir apa comment dia. Dia kata YOU PEMANDU BERHEMAH.. Mak aih nak lompat lompat rasa... Terus cal ZueZue. Happy tak terkata... Sir Wang pun happy aku lulus. Yana? Thanks a lot bagi semangat dekat aku. Tak penat hang melayan eden di Twitter. Hehe. By the way syukur alhamdulillah. So aku akan test 21/02/13 untuk JPJ..

p/s : Erh Aren kau jangan nak excited sangat. Ingat sikit tu baru PraTest belum JPJ Test. Ada kau repeat kang.. Haha

Monday, February 04, 2013

2nd February 2013.. Story Of Us :)

Assalamualaikum...

Hehe. Cheh start start nak gelak tiba tiba. Actually gua punya excited sebab hari ni semua yang terjadi di luar jangkaan maybe. Huhu. Ok! First story  pagi tu ada latihan kereta. As usual with my cikgu, Sir Wang, best driving teacher ever.. He asked me to drive to Jasin. On the way to Jasin, aku nampak lampu minyak kelip kelip, then dia cabar aku pergi isi minyak dekat Esso. Pergh sesak kemain time tu. Takpe, dah cabar kan, aku sahut cabaran tu.. And finally I did it. Tapi time nak naik bukit kereta macam jahat dengan aku.. Asyik nak mati je. Time pergi dan balik ada je kereta nak hempit. Kalau Sir tak cepat berindak, confirm I dalam ICU. Eye See You beb.. Haha! Erh gelak kau erk?

Then, I went to work. Boss tak jadi pergi Cherating, so mulalah kerja kemas mengemas. Dia suruh aku OT, tapi takpelah boss, saya nak pergi kenduri BFF saya, akak dia tunang. Alahai, macam tolak rezeki je aku ni. Balik rumah abah kata nak pergi kerja. Takkan nak naik Fakhri.. Ada mama aku kejar satu Selandar kang.. Haha! Takpelah, tak pergi, aku kerja. Tapi abang aku yang tersayang nak hantar aku ke sana. Huhu! Tak terkata happynya. Hehe. For sure BalBal dengan ZueZue naik Fakhri. I mean naik kereta, bukan naik Fakhri, ada patah tulang dia.. 

Sampai Selandar, aku fikir mereke mereka sekalian sudah tiba. Chewah ayat. Aku pula orang first sampai. padahal aku pergi dah lambat. Huh di situlah bermulanya penyuaraan isi hati. Chop, aku bukan cerita pasal BF aku ke, Pakwe ke.. Bukan.. Haha! Aku cuma tahu satu persatu kebenaran yang terjadi.. Di situ juga aku dapat menyuarakan isi hati aku. Air mata ni nak menitis, tapi tahan jelah, kang hancur make up gua, dah tak cun. Nasib baik mereka mereka sampai awal, kalau tak banjir Selandar.. erk o_O

Bila dah kumpul semua, apa lagi, ambil gambar kemain. Beta kan suka bergambar. Haha! Masuk rumah Sue tengok Acara Pertunangan. Huhu! Kalau boleh nak juga. Bak kata Sue, mana tahu jumpa jodoh lepas ni kalau datang Majlis Tunang akak dia. Amboi Sue Haha! Lain pula cerita, adik si Suraya ni sumpah lawak. Kiteorang duduk gelak je dengar dia membebel. Gangster doh minah tu. Sibijik perangai Suraya weyh. Haha! Paling lawak, si Pojie dok usik budak tu, pandang pandang then senyum senyum. Lawak gilalah Pojie oi. Budak tu malu malu jadinya! Kak Peah pula sporting bila ajak bergambar. Huhu! Bergambar dengan dia, mana tahu dapat tempias dia. lepas ni turn aku pula tunang. Pergh gatai bebenor eden ni.  Ok  Ok LOLJK.. Apa apa pun, this will be new memories of US.. 






Satu bekas kami menghabiskan apam polkadot..

With Zulaikha :)

Ni lah adik Sue, gangster siot budak ni, sama macam akak dia..

Tu dia Kak Peah.. Lawa kan? Macam muka Lynda Roslan sikit

 They're the reason I can smile happily :D



p/s : Aku asyik tersengih sengih time type benda alah ni.. Pojie lah ni. Hahahahaha XD



2013.. Nothing Much To Say

Assalamualaikum...

As usual every year.. Mesti ada AZAM. Actually aku tak suka berazam azam sangat. Confirm tak buat..
Macam biasa aku cuma nak kan KEBAHAGIAN dalam hidup ni. Bukan kebahagian dalam perpisahan macam lagu Shahi tu. ALLAH know the best for me. 

Oklah, tahun ni aku mengharapkan sesuatu yang baru. Well, I'm EIGHTEEN right now. Dah besar dah anak mama ni. Haha. Alright then.. Nothing much to say... I'm wishing for happiness... 


Ya Allah...
Aku hamba-Mu yang lemah..
Aku tahu kau akan menduga aku lagi..
Tak mengapa kerana aku tahu kau amat menyayangi aku..
Aku mohon pada-Mu ya Rabb..
Kau berikanlah aku kekuatan, kebahagian, kesenangan dan keberkatan..
Dalam hayat aku ini...
Aku cuma mahu tersenyum di samping takdir yang telah kau tentukan...
Semoga aku menjadi tabah seperti kekasih-Mu, Ya Rasulullah..
Amin Ya Rabbal Alamin... :)