JellyPages.com

Wednesday, October 03, 2012

19 September 2012 - Fighting Among The Best

Assalamualaikum..

Kali ini rentetatan kisah hari tu.. Yelah kan 4 hari tu banyak sangat benda aku nak cerita..  Memandangkan aku tak masuk final, so hari ketiga tu melepak je lah. Pagi tu memang bangun lambat, pukul 6 lebih.. Kunci jam pun aku tak dengar. Ish teruk gila.. Last sekali Cikgu Suzie yg kejut aku.. Nasib baik baju semalam tak kedut mana.. Siap siap semua, pergi breakfast dengan berpakaian sekolah. Well hello, why everybody were looking at me? Yeah, memang aku tak masuk final but I was weird wearing the school uniform? Then Faizan tanya kena pakai baju sekolah ke? Nasib baik Aisyatul ada. Kiteorang cakaplah last year kena pakai baju sekolah. Dia just cakap "Oh begitu ya".. *sambung makan*.. Budak budak ni dah pakai T-Shirt semua. Tinggal pemidato je pakai baju sekolah. Whatever lah. BAJU SEKOLAH pun jadi isu.. Lagi tak puas hati, you know what mihun goreng tu macam getah.. I mean dia keras*hentak garfu dan sudu atas meja*.. 

Decide dengan Asiyatul untuk tukar baju. Cikgu Suzy dah masuk dewan, aku balik bilik. Si Aisyatul ikut aku. Tiba tiba si Nafisah ketuk bilik aku, yelah bilik sebelah sebelah, yg memisahkan cuma pintu dekat dinding tu. Si Nafisah dah siap pakai shirt dengan jeans lagi. Amboi, kemain lagi. Dia kata si Mat Ganu call di pagi tadi, kata boleh pakai baju biasa.. Ehem ehem Mat Ganu call tu.. Hahaha! *acu jari telunjuk*.. Haha! Dengan pantasnya aku menukar pakaian aku. Haha! Ok, that day I chose to wear Jeans, Purple shirt and my favourite Pashmina. Huhu! Dengan tudung tak betul, aku melangkah ke tingkat 10, bilik Aisya. Dia pun nak tukar baju katanya. Duduk dalam bilik dia, dengar lagu Korea gitu.. Huhu! Dah siap semua, turun bawah balik, suruh Nafisah jemput depan dewan. Kalau nak tahu, sebelum aku masuk dewan, budak budak ni dah kena halau. Kau tahu kenapa? TAK BOLEH PAKAI BAJU BIASA.. What the frog? At that time, rasa macam nak menyumpah nyumpah je. Tapi tahan je lah. Geram dengan Mat Ganu rasa, nak cekik je dia. Huh! Grrrr~~~~ >_<'*.. Penat ok, turun naik tu, then bukan main susah aku nak lilit pashmina ni, alih alih kena tanggal balik. Baju basah dengan peluh je. Huh, seriously aku geram. Terus senyap, malas nak cakap. Sampai depan lift, sempat snap beberapa keping gambar.. Kenangan yg menyakitkan hati.. Balik bilik tukar balik baju, gosok balik tudung. Ya Allah penat sangat. Mengeluh je time tu. Dah siap semua, turun balik dewan. Nasib baik Nadia dah cop tempat. Dekat dengan finalist pemidato. So boleh gelak banyak banyak nanti.

Time budak budak ni nak tunggu turn, diaorang sempat snap gambar, tukar no phone, tukar FB dan sebagainya. Huhu! Aku pun sama ok! Kalau aku first thing aku akan tanya "ADA BURUNG BIRU TAK? HAHA! TWITTER LAH".. Haha! Jangan fikir lain ok kalau sebut burung burung ni! Opss! *tutup mulut, mata melilau*.. Haha! Kiteorang ni yg tak masuk final pun tetap bagi sokongan ok dekat pemidato pemidato tu. Yelah, support kawan. Even baru 2 hari kenal, rasa macam dah kenal lama. Seronok sangat! Sempat lagi aku buat latihan Add Math dekat situ. Serious bosan ok! Dah buat tu, si Fikri pun nak buat, then Halil pula, then Atikah, then Aisyatul then Mariam. Semua dekat situ nak buat. Lawak pun ada. Aku malas dah nak fikir, soalan SBP ADD MATH memang susah. Better layan lagu lagi syok! Tapi aku ingat lagi, si Nuril jahat gila time tu. Dia saja dekat dengan Soekarno nak kenakan Nafisah. Memanglah si Nafisah minat dekat Soekarno, tapi agak agaklah ye Nuril. Dia buat si Nafisah terus moody pagi tu. Hish, rasa nak sekel kepala si Nuril ni. Bila time minum pagi, dia kena serbu dengan aku and Aisya. Tahu kau takut erh? Terus dia pergi minta maaf. Nafisah buat dek je. Haha! Sumpah lawak ok! Belum tambah dengan Faizan yg asyik dengan gelagat dia. T6ak henti gelak! Hahaha 

Time nak pergi lunch, budak budak sekolah sekitar Johor dah sampai dekat The Zon Hotel. Tapi kiteorang makan tak sekali dengan dia. Time tengah hari tu aku balon banyak banyak. Masuk awal, sempat cop meja yg panjang tu. Konon nak cop untuk budak lain. Haha! Bersemangat betul. Makan benda berat sikit je, tapi cake aku balon banyak banyak! My favourite lah katakan. Huhu! Dah siap makan semua, pergi jalan dekat The Zon Mall, cari coklat lah. Pergh, penuh dengan budak budak dekat situ ok! Shopping juga! Huhu! Aku belilah sikit coklat untuk family. Then, balik semula ke dewan, tapi takde orang. Duduk situ kejap sebab si Aisya dah pening naik turun lift. Lift tu dah lah laju. Duduk kejap dah sampai bawah. Gila! *tekup pipi*. Haha! Sekali cikgu call, card bilik dia tak boleh activate. Berlari aku naik atas, tapi dekat lift tak boleh nak swap card. Gila card aku pun dah tak activate. Turun bawah pergi receptionist, konon nak update. Dengan bangganya aku kata bilik aku 832. Naik atas, swap balik dekat bilik, tak boleh,. Tengok nombor bilik, Ya Allah 823. Apa aku ni, benda ni pun lupa. Berlari balik turun bawah, tukar card. Seriously penat gila. Nasib baik boleh buka lepas tu, Cikgu Suzy pun tak bising. Rehat kejap, solat semua, touch up, turun balik dewan. Rasa macam robot hari tu. Haha!

Sampai dewan, fuyoo orang PNB dah cop tempat untuk peserta. Depan tu. Nasib aku baik, aku dapat sit betul betul depan pentas. Memang jelas gila. Depan pula tu. Huhu! Rezeki ok. Duduk beberapa minit, Tan Sri Hamad Kama Piah pun sampai. Kiteorang terus diri time. Then ada nyanyian lagu Negaraku. I dont why waktu ni rasa bersemangat nyanyi lagu patriotik. Ada rasa patriotik dalam diri. Huhu! Dah tamat tu, pertandingan Kuiz Pelaburan Bijak pun mula. Tapi SMK Penggawa Barat dah heading dulu! Fuyoo, banyak gila point dieorang. Bila soalan keluar belum habis pengacara tu baca, diaorang dah tekan buzzer. Betul pula tu jawapan dia. Wah, hebat gila. Sekolah lain dah start runsing nak kejar. And finally sekolah tu yg menang. Kalau nak tahu dah 5 tahun SMK Penggawa Barat jadi Johan Kuiz Pelaburan Bijak. Seriously hebat *muka terkejut*. Then, pertandingan pidato mula. Sampai turn Nadia, memandangkan dia last, kitaorang terus sorak. Huhu! Habis tu, dengarlah ucapan semua tu. Aku ni duduk sebelah Nafisah, memang tak berhenti bercakap. Bila penat aku cucuk telinga dengan earphone. Malas nak layan. Haha!

And tibalah waktu pengumuman.. Seperti yg telah diketahui, SMK Penggawa Barat memang dah menang dari awal lagi! Cuma pidato je belum! Debaran tu memang terasa even aku kalah awal awal lagi. Hehe! So, tempat ketiga dapat dekat Amirul from Jeli Kelantan.. No 2 pula Syahmi from SMK Rosli Dhobi.. And Johan jatuh kepada NADIA from SMK Ulu Tiram. Time tu, memang dah jangka dia menang! She did very well, nice speak and good spontaneous. Memang dah pakat dengan budak budak ni kalau Nadia menang kita tepuk kuat kuat then diri ramai ramai! Memang betul dia menang, aku terus berdiri. Lama pula tu...Haha! Even tak sama negeri, tapi still support ok! Maybe sebab rapat kot. Haha! Rasa happy pula dia menang! Huhu! Dah habis tu, pergi makan lagi dekat mana entah! Time makan tu memang best ok, ada kumpulan from Johor mainkan alat muzik tradisional sewaktu kiteorang makan. Memang seronok sangat time tu! Huhu! Aku balon je semua yg ada depan mata! Tiba tiba si Faizan dengan Amalina panggil aku, diaorang ajak mandi pool sama sama! Huhu! Si Faizan siap buat gaya ala ala perenang gitu! Haha! *guling atas lantai*.. Bergegas aku balik bilik! Tukar baju semua, tak sabar nak mandi pool ok! Haha! Saat yg ku nanti!

Turun Level 7 dengan Aisya and Nafisah. Terserempak dengan Faizan sama Amalina! Mereka bilang mereka mahu jalan sama cikgu mereka. Tak jadi mandi! And that time, rasa hampa sangat! Baru nak lepak sama sama! Kebetulan si Nadia baru naik, terus kiteorang ajak pergi pool! Dia lagi excited nak mandi! Kelakar gila! Sempat aku snap gambar dengan replika check RM3000. Even tak dapat duit, dapat pegang pun jadilah! Huhu! Sampai pool, jumpa Mariam pula. Dia tak jadi balik petang ni! So, dia join kiteorang! Tak ku sangka tak ku duga, budak budak lelaki sudah memenuhi pool. Mandi manda bersama sama! Alahai, terbantut niat aku nak berendam dalam tu! Duduk lepak lepak situ, ambil gambar! Yg mandi si Nadia je. Kesian dia! Si Nafisah pula tak habis habis pandang someone! Cannot mention *zip mulut*.. Haha! Bila budak lelaki dah blah, kata nak pergi Danga Bay kot, aku terus terjun dalam kolam! Haha! Nak puaskan hati si Nadia! Kesian dia, merajuk tak sudah sudah! Tapi yg best sempat snap gambar dalam kolam! Huhu! Dekat pukul 7, terus balik bilik! Jumpa balik time dinner. Tapi sedih, Nafisah dah balik! Hurm, dah tak syok malam ni.. Selalunya dia yg buat plan apa apa! *lap hingus*..  Balik bilik, layan Kau Yang Terindah kejap, then release tension dalam tube mandi. Wuuu, seronok sangat! Nasib baik tak tidur, kalau tak kecut aku. Kurus si Aren balik Melaka nanti... Hahahahahahahahah




Pemidato peringkat akhir..

Kedah + Johor + Sabah


 Thumbs up for Pidato

 With Nafisa.. Hey I'm wearing spec :P

The boys who are finalist... Deabak !!!

RM 3000? Wow.. for JOHAN only..

From level 7 around Swimming Pool

No comments:

Post a Comment