Assalamualaikum...
Esok pagi, memang awal gila pergi sekolah. Segan ok bawa beg roda. Tapi ada aku kisah *tangan di bahu mata ke atas*.. Pukul 8 lebih kiteorang dah gerak pergi SBPI Selandar. Ok ni first time aku jejakkan kaki ke sana. rasa macam kerdil gila bila masuk tempat orang orang pandai. Selesai pendaftaran, kiteorang pergi Dewan Kuliah. Time tu lah dapat modul, time tu juga buat penerangan. Dalam jadual kata ada Ice Breaking, tapi tak buat pun. Then, naik dorm cop katil.. Haha! Rasa menyesal bawa beg roda. Kau tahu Jah, aku terpaksa angkat beg aku ok. Berat gila. Macam macam harta karun aku bawa pergi sana. 3 hari 2 malam je kot. Bak kata sorang budak SBPI, ni macam nak menginap seminggu ni.. Kurang asam kan? -_-'.. Haha! Nasib aku baik, dapat katil bawah and dekat dengan kipas.
Then then, makan tengah hari.. Time nak pergi sana, aku terasa diri ini sakai. Bayangkan aku pakai baju sekolah dengan syria hitam plus selipar. On my way ke sana, orang sekeliling pandang macam... Hurm, tengok orang semua pakai kasut, berstokin siap huh. Ya Allah sumpah segan. Tapi apakan daya, cacing dalam perutku sudah menyepak nyepak minta makanan, so pergi jelah! Haha! Makanan dia, mmmm, no comment.. Kang aku cakap ada orang tahu tak pasal pasal kena nanti. Haha! *muka innocence*.. Time nak balik dorm, something happen. Ya allah AIDA NAJWA, kawan baik aku dekat STP dulu. Tak sangka aku boleh terserempak dengan dia. Ingatkan nak mengelak, tapi Allah ketemukan kiteorang juga. Actually malu rasa nak jumpa dia. Result aku tak sehebat dia, kalau dulu kiteorang sama. Sekarang kami berbeza.Tergamam seketika. Aku terus peluk dia. Time tu mata dah berair. Demi Allah aku rindu dengan insan bernama Aida. Dulu dia yg bagi semangat untuk aku belajar, bila aku pisah, aku tak semangat and that cause my result become worse and worst. Dia cakap nanti jumpa and seriously aku tak sabar tunggu waktu tu.. Hehe! *smile broadly*
So, petang tu program Add Math. Duduk dalam kumpulan. ada 8 orang je. Kau tahu orang lain sampai 11 12 huh. Kiteorang sikit je. Then 2 orang budak SBPI join group tu. Soalan susah gila ok. Memang banyak tak jawab. Tapi usaha sampai boleh. Dibantu dengan budak SBPI, alhamdulillah semua terjawab. Dieorang baik, tak kedekut ilmu. Ajar satu satu. Haha! *terasa diri bodoh seketika*.. Haha! Then, aku memang dah tak sabar nak tunggu waktu balik. Nak terjun atas katil, sedapnya. Haha! Pening rasa jawab soalan Add Math macam tu. After that, siap siap untuk makan malam. Aku ni bawa 6 pasang baju kurung, so sepanjang program ni akulah Gadis Melayu Terakhir.. Haha! *muntah darah :'O~~~.. Dinner dia oklah juga. Hurm, time solat rasa tenang sangat. Tak tahu kenapa. Time ngaji kiteorang buat bulatan. Baca Yassin ramai ramai. Huhu! Aku nak pergi dekat Aida, tapi dia dengan kawan dia, takpelah malas nak ganggu.
Then sambung balik program Add Math. Malam tu jawab soalan kertas 2. Soalan dia susah gila. Ada sorang cikgu ni nama dia Busrah, dia memang hebat dalam Add Math. Siap cipta formula sendiri untuk jawab Add Math tau. So sekarang, aku dah paham Integration atau Perkamiran.. Haha! Malam tu bukan study sangat pun gelak je lebih weyh. Tak fokus sangat, sebab bagi aku, aku tak selesa belajar macam tu. Time tu time aku tidur. Mana ada study lewat malam..
Malam ramai ramai. Dieorang bawa turun tilam. Tidur dekat bawah. Huhu! So hempit hempit jelah tidur malam tu. Tapi apa apa pun, study dekat sana memang best,. budak budak SBPI semua tak sombong. Yg paling buat aku happy ialah dapat jumpa mereka kembali. Syukur kepada Allah kerana pertemukan kami semula. *Sujud Syukur*
Till then, take care, bye :D



No comments:
Post a Comment