JellyPages.com

Tuesday, August 19, 2014

Terima Kasih HAMBA ALLAH

Assalamualaikum...

Dekat Twitter, aku ada follow Pasum 13/14 Confession or lebih popular sebagai PasumC... Yelah, sebab ni salah satu ruang budak budak Pasum dulu nak meluahkan rasa tanpa diketahui. Takkan nak post kat group FB, malulah kan. Haha. Tapi aku ada tertarik dengan satu confession ni.. Confession ni aku akui memberi aku semangat untuk terus menggapai cita cita.. Dan inilah cerita beliau yang aku ambil dari Pasum Confession. Semoga cerita beliau mampu memberi semangat kepada semua orang. Dan semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada dirimu... :)



Tenanglah Duhai Jiwa

Assalamualaikum...

Dah seminggu result UPU keluar.. Aku ingat lagi hari result keluar aku bawa Mimi dengan Ain pergi pusing Melaka sebab diaorang datang dari Kelantan nak jalan jalan dekat Melaka. Hehe.. Time ronda ronda memang tak best kot. Sebab apa, handphone aku tak henti orang call, text, Whatsapp, Wechat.. Hurm semua nak tahu U apa aku dapat kot. Susah betul jadi orang popular ni! Time dekat Coconut Shake Kelebang abang aku check kan... Dan Alhamdulillah aku dapat KOS yang aku nak.. Tapi bukan U yang aku nak.. Itu hakikat yang perlu aku terima. Allah duga aku sebegini rupa. Aku terkedu buat seketika dan berpura pura happy dengan abang aku.. Bohonglah dah setahun duduk UM, takkan taknak sambung degree dekat sana. Waktu isi UPU, aku betul betul target nak masuk UPM. Sebab kos yang aku nak tu dekat situ.. Memang nak sangat kalau tak dapat UM... Tapi Allah anugerahkan aku dengan U lain.. Hiba hampa luluh hati ni Allah yang tahu. Aku menangis tak henti. Lepas je budak 2 orang tu pergi KL, aku 2 malam non stop crying menatap nasib nak mengadap manusia sekeliling aku lepas ni. Nuha lah jadi tempat aku lepaskan semua. Yang tahu aku dapat degree kat mana hanyalah family aku dan Nuha. Yang lain aku main tarik tali. Aku tak kata aku dapat mana sampai mereka sangkakan aku dapat Utem. Dan aku hanya senyum. Tidak mengiyakan tidak menafikan. Biarlah mereka anggap aku duduk situ.. 

Aku asyik buat perangai dekat rumah. Kesian Mama Abah dan Angah. Urusan U aku semua diaorang yang settlekan. Habis paksa baru aku ikut nak settle urusan U. Urusan bank 2 kali buat kot sebab yang first tu aku saja tak bawa surat tawaran. Sampai macam tu sekali aku protes. Kawan baik aku sendiri, Balqis dengan Zulaikha yang aku anggap adik beradik sendiri pun aku sakitkan hati mereka sampai mereka jauh hati dari aku. Ya Allah hinanya diri ini..

Namun aku muhasabah diri.  Baru aku sedar ramai lagi kawan aku yang tak dapat U, tak dapat kos yang mereka nak. Huh apa lagi yang aku nak? Tapi Allah Maha Pengasih dia anugerahkan aku satu lagi peluang untuk tebus kesalahan aku. Untuk masa depan aku namun aku tak tahu bersyukur.. Aku sedar inilah peluang terakhir yang Allah anugerahkan dekat aku. Aku kena buat yang terbaik. Buktikan dekat mereka mereka yang aku mampu. Walaupun aku U biasa, aku mampu dekan, aku mampu terima anugerah, dan aku mampu terima tajaan biasiswa. Ya aku mampu lakukannya. Dulu aku sanggup buat apa saja untuk dapat A+ Add Math, sekarang aku kena ambil kembali semangat itu untuk buktikan yang aku mampu walaupun bukan di UM... Itu janji aku. Aku dah tak peduli apa orang sekeliling kata sebab hidup aku, aku sendiri yang hadapi bukan kau. Ya! Aku mampu lakukannya dengan keizinan ALLAH kerana sesungguhnya Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui....










Sunday, June 29, 2014

Iskandar Shah Dalam Kenangan (2011-2012)

Assalamualaikum...

Hari Rabu lepas aku ke sekolah lama aku untuk repeat Ujian Muet.. Band aku lepas je untuk masuk U, tapi aku sangat tak puas hati dengan keputusan tu. So aku repeat balik. Aku pun tak tahu kenapa aku repeat.. so on that day, abah hantar aku ke SIS pagi tu. Guard tu punya kecoh tak kasi abah hantar sampai atas. Aku jalanlah kaki dengan budak sekolah yang lain. Semua pandang aku dengan pelik. Yelah datang pakai havoc havoc mana orang tak pandang.. Daki bukit pakai heel, dengan handbag lagi.. Hahaha.. Sampai library tak ada orang.... OMG! :O ! Tanya punya tanya rupanya dekat bangunan Form 6.. Gila, aku jalan sampai sana semua pandang. Mesti orang ingat aku cikgu baru. Hahaha. Nasib baik jumpa Teha Syikin. Dialah tunjuk arah. Tapi kesian Rafhana tak sempat borak dengan dia.. Sampai je, ada budak Cina follow aku. Aku sebenarnya lupa location tu, aku naik sampai tingkat 4. Padahal tingkat 3.. Dia ikut je aku. Haha. Sampai je kelas tu tak ramai pun orang, peliknya ada orang tua.. Selama aku MUET dekat UM, takde pula orang tua.. Girls lain sibuk hu ha hu ha. Aku senyap je. Then ada budak Cina MMU duduk sebelah aku. Kiteorang borak in ENGLISH. He cant speak Malay fluently.. Rancak ah borak. Yang lain pandang slack dah dekat aku. Haiyaa tu pun problem ke? Pleaselah.. Finally I met Nishaa, one of my classmate.. Lama tak jumpa peluk cium semua.. Ingat aku ni Melayu tak peluk Indian ke? Aku anggap semua sama. Asalkan diaorang baik. I'm ok.. Alhamdulillah aku dapat group dengan sorang kakak ni and sorang cikgu. Borak kemain lama tunggu turn. Acah acah study sikit. LOL! And alhamdulillah topik aku dapat senang.. Youngster problem : Getting a job like one. Yes, makanan aku.. Senang je aku cakap. Tapi paling awkward time discussion. Ada lagi 2 minit aku main bedal nak tutup. Hahaha. But i really respect dengan examiner. Sangat baik and sangat mesra. Senyum and takde muka ketat macam dekat UM dulu. I hope I can attract their attention.. Ok selesai pasal MUET..

Lepas MUET, aku ke office, nak ambil sijil SPM. Tapi kerani pula takde. Duduklah depan office tu. Ramai juga cikgu aku jumpa.. Semua aku pergi salam peluk cium. Tanya khabar aku, study mana. Doakan berjaya. Ya Allah, terima kasih cikgu semua. Terharu sangat.. Untunglah aku, jadi kesayangan cikgu. Hahahaha

Sambil sambil duduk tu, aku tengok reaksi pelajar sekolah aku. Ada yang jalan ke tandas bawa satu geng. Ada yang melepak dekat balcony. Ada yang tolong cikgu bawa buku. Ada yang melompat sana sini. Ada yang merewang ke kelas sebelah. Ada yang dating. Ada yang berlegar legar time sekolah. Hahahahaha. Ok semua mengingatkan kembali ke zaman sekolah. Allahu! Rindu tak terkata.. Nak nangis time tu.. Serius. Tapi cover ah. Nanti orang ingat aku gila nangis dekat depan office. Hahahaha..

Allah, jika boleh ku undurkan masa. Aku nak sekolah balik. Dulu time sekolah bukan main cakap besar tak sabar masuk U. Bila masuk U, nilah nikmat nya.. Semuanya sendiri. Dekat sekolah cikgu ada, cikgu tolong, cikgu sayang. Serius sangat rindu sekolah. Dan di SIS lah tempat aku mula berdiri menjadi pemidato sampai kebangsaan. Dan aku takkan lupakan jasa Cikgu Anita dan Cikgu Bahiyah. Terima kasih kerana menjadikan aku seorang gadis yang mampu berdiri dan berkata kata di hadapan khalayak ramai dengan yakin tanpa segan silu... Allah yang mampu balas..

Biarlah, banyak memori pahit di SIS, tapi aku tak pernah berdendam. Aku jadikan itu satu pengajaran untuk terus maju ke hadapan. Biarlah yang pahit dijadikan yang manis.. Insyaallah!







Wednesday, May 21, 2014

Am I Missing Him...?

Assalamualaikum...

Tadi kan, stalk Insta dia. Omo, i can't stop laughing watching his videos. But, am I missing him..? I dont know why I want to know about his life. Menyebuk macam Cik Kiah aku ni. Kalau free time je mesti usha Instagram dengan Twitter dia. Argh, kenapa tak boleh nak buang dia dalam hidup aku eh? Seolah olah dia tu macam melekat je. Tapi kan kalau nak kata jujur aku dah tak ada apa apa perasaan dekat dia. Hati ni kosong. Demi Allah tak tipu. Tapi sometimes tu nak stalk stalk stalk. Aku rasa mungkin sebab dulu aku terlalu sayangkan dia.. hmmm

Well, boy. I know you are so happy with your life. I know you are doing well in your life. I know you are having a great life. 

I just wanna wish you, good luck in future. All the best for your degree soon. Take care your health, you easily to get sick. Dont be sad anymore. I know you are strong enough. Dont be naughty and enjoy your life :)


Tuesday, May 20, 2014

Vacay At Kedah Darul Aman

Assalamualaikum..

Jumaat lepas aku dengan family ke Kedah untuk percutian sekejap. Haha! Actually nak jumpa Abang Ngah sebab dah lama tak jumpa dia. On the way to Kedah, aku tidur je dalam kereta. Sampai je duduk homestay dekat dengan sawah padi. Oh my god I was so excited, siap ajak Abah turun bendang semata mata nak ambil gambar. Haha

That night, jumpa family Kak Azie, girlfriend Angah atau senang cerita bakal kakak ipar. Gathering two families, Insyaallah one day will become one. Amin! Kitaorang dinner dekat Cafe abang Kak Azie, Bite Cafe. Ok sumpah awesome dia punya makanan. Cafe dia dekat bahagian atas ada tempat untuk ambil gambar. And the design really old school. Heee

The next day, Angah bawa jalan jalan pusing Kedah. Pergi Muzium Padi lah, Pusat Sains Negara lah, Jeti Kuala Kedah lah. Hahaha dok melayan adik aku sorang ni. Yang pasti aku dapat try Mee Hun Sup Kedah dengan Laksa Kedah. Sedap woo... Ingat ada dekat Melaka. Haha! That night, pusing pusing Alor Setar, pergi Pacific Mall semata mata nak makan McD. Mengidam pelik aku malam tu. Lol! 

Esoknya, breakfast dekat rumah Kak Azie then waving Goodbye to Angah.. Till we meet again.. Tapi sayanglah tahun ni dia tak puasa dekat rumah.. 



















Monday, May 19, 2014

One Year

Assalamualaikum 

Dah dekat setahun tak update apa-apa. Busy dengan kehidupan sekarang. Kalau dulu ada cerita je mesti nak tulis dalam blog. Mungkin sekarang dah tak jadi trend menulis dalam blog. Tapi cuti lama sangat nak buat apa. Kerjanya tidak, studynya tidak. Baiklah buat benda berfaedah. Dah bosan menulis dalam diari. Yelah rahsia aku dengan diari je. Mana orang lain tahu. Macam macam tulis. Haha. Suka sangat tulis diari. Mungkin sebab diari tu yang akan bawa kenangan sewaktu muda. Bila tua nanti baca balik mesti tergelak gelak. Apa apa pun, nak kembali menulis sekarang... Nak share cerita. Nak share semua. Mungkin akan lebih matang dalam menulis. Hehe. 


Bye bye :)