JellyPages.com

Thursday, October 25, 2012

7 Oktober 2012 - Tears For My Friends

Assalamualaikum...

Ni sambungan kisah hari tu.. Malam tu before pergi program Chemistry Aida ada pesan nak jumpa.. After Program kemas barang untuk balik, dia datang hostel aku.. Di situlah kisah bermula.. Seriously, macam macam benda kiteorang borak.. Dari pasal sekolah Aida, sampai sekolah aku, adik beradik, sambung belajar, kawan kawan STP and lastly about ehem ehem.. Cheh.. Haha! Kebetulan time tu ada sambutan hari lahir, so memang bisinglah malam tu.. Aku dah tergelak gelak dah.. Even mata ni ngantuk, layankan aja si Aida ni, yelah dah lama tak jumpa.. Aku ingat lagi, pukul 2 lebih aku tidur time tu... Haha! Esok program pukul 8, masaklah aku ngantuk, tambah dengan subjek Bio pula.. Haha

Esoknya, aku terpaksa bertukar kumpulan. Aku kena join group 8, dengan dorm mate aku.. Then pisah lagi sebab aku dapat soalan no 7 kot, *tak ingat*.. Kena kumpul dengan budak yg dapat soalan tu.. Di situlah aku jumpa ramai kawan lagi. Semuanya ok ok! Paling aku rimas time buat soalan Paper 3 Biology, ok aku memang guna cara Cikgu Nazlin.. Dia penanda kertas SPM, tapi kenapa ada cikgu nak pertikaikan jawapan aku, kata salahlah, tak tepatlah. Geram pula, aku rasa dah betul aku follow step Cikgu Nazlin, sekolah lain pun ada pakai cara tu, sebab Cikgu Nazlin kata siapa cikgu dia yg pakai cara ni mesti cikgu dia tu penanda kertas.. Malas dilayankan cikgu tu, tarik muka terus aku.. *kurang asam punya student*.. Bukan nak kurang ajar, tapi kalau dah banyak sangat comment, aku sendiri jadi risau. Tak tahu nak guna yg mana.. Tu malas nak dilayankan sangat. Better percaya dengan diri sendiri kan? *angguk angguk*..

Tepat pukul 12.30 program pun berakhir. Cheh, waktu aku paling tunggu. Aku dah tak sabar nak balik rumah, taknak dah duduk hostel ni.. *screaming*.. Call mama, mama kata dia lambat sikit. Baguslah juga, aku nak spend masa dengan Aida.. Balik dorm, ambil gambar banyak banyak dengan dorm mate aku.. Huhu! Nasib baik dieorang sporting tau.. Then, Nana pula dah start ambil gambar. Feel aku datang, memang tak henti henti lah ambil gambar.. Ye dak? Aku? Gila kamera.. Haha! Then, dekat pukul 1 lebih, mama call, suruh tunggu dekat depan guard. Aku turunlah bawa beg, time tu memang rasa dah tak dapat jumpa Aida. Dia tak naik dorm. Erh tiba tiba nampak dia, terus aku jerit. Aku cakaplah aku dah nak balik.. Dia ikut aku then dia kata jom jumpa ZAID.. Haha! Aku memang kata taknak terus, yelah segan kau tahu, dah lebih setahun tak jumpa. Apa aku nak cakap.. Haha! Dia tarik beg aku, angkat bawa naik tangga. Rileks je. Dah lah berat macam guni, dia angkat juga. Sampai atas, aku dah gelak gelak, nampak Zaid dengan budak STP lepak. Time tu ada Haris, siap huh dia mention pasal AMIRA. Haha! Yelah, kalau tak mention aku memang lupa siapa dia.. Haha! Borak borak kejap then ambil gambar... Tak banyak perubahan budak budak ni! Haniff dengan Aiman je tak dapat tengok.. Hurm

Bila mama call, terus siap siap nak balik.. Time tu salam Aida, aku dah start rasa hiba. Sedih kau tahu, jumpa dahlah kejap je.. Tak puas lepaskan rindu.. Peluk dia lama sangat, terus air mata ni jatuh.. Tak henti henti pula. Ya Allah, sedih sangat sangat. * T_T * Jujur aku cakap aku hanya menangis untuk kawan aku yang betul betul istimewa dalam diri aku.. Kau tahu, 3 tahun aku duduk dengan dia, perangai dia aku dah masak, dia faham kot siapa aku.. Bila keadaan macam ni, aku terpaksa redha.. Sempat dia lap air mata aku, dia kata "Study elok elok.. Buat macam dulu, biar sama sama berjaya.. Aku doakan kau berjaya juga".. Amin! *sapu muka*... Dah taknak tengok muka dia, kalau tengok makin laju air mata ni keluar.. Situasi ni sama waktu time form 4, dia nak pindah sekolah.. Aku pusing wish good luck dekat budak STP and salam salam dieorang.. And also not forget to Zaid and Haris.. Zaid sempat pesan "Belajar elok elok".. Tak pusing pun, taknak tengok Aida.. Sedih..

Sampai dekat mama, terus salam.. Dia pun pelik tengok anak dara dia sorang ni melalak entah kenapa.. Abah senyap je.. Then mama tanya kenapa nangis, aku jawablah "Akak berat hati nak pisah dengan kawan kawan akak".. Mama abah senyap je.. Sepanjang perjalanan balik rumah aku menangis.. Ni lah perkara paling aku tak suka.. PERPISAHAN.. Alhamdulillah bila balik rumah, hati aku kembali tenang.. Cuma satu, aku nak buktikan yg aku akan dapat result yg sama dengan Aida nanti .. Insyaallah, Amin.. Biar kiteorang sama sama sambung study tempat yg sama.. 


 Ni dorm yg aku stay untuk 3 hari (Dorm 9 - Proton) 

 Kawasan asrama puteri SBPI

With Nana

 With the girls from SMK Canossa Convent

With the girls from STPM


 With girls from I pun tak ingat.. Hahaha


A moment with her :')

p/s : Semoga Allah memakbulkan doa aku.. Amin :)

Till then, take care, bye :D




Sunday, October 07, 2012

5 Oktober 2012 - Kisah Bermula

Assalamualaikum...

Hari Khamis lepas, Cikgu Nani tiba tiba datang kelas. Dia panggil aku, Tira, Akim dengan Zul. Time tu memang dah cuak ok. Takut aku ada buat salah ke apa ke. *dup dap dup dap*.. Haha! Bila turun bawah, rupanya Allah kurniakan rezeki untuk aku. Maksud aku, aku terpilih untuk Program Perfect Skor A+.. Ya Allah bersyukur ke hadrat Ilahi sebab aku terpilih. Tapi sayang, si Zul dengan Akim taknak pergi. Ganti dengan Hasry and Izzat, dieorang pun taknak pergi. 

Esok pagi, memang awal gila pergi sekolah. Segan ok bawa beg roda. Tapi ada aku kisah *tangan di bahu mata ke atas*.. Pukul 8 lebih kiteorang dah gerak pergi SBPI Selandar. Ok ni first time aku jejakkan kaki ke sana. rasa macam kerdil gila bila masuk tempat orang orang pandai. Selesai pendaftaran, kiteorang pergi Dewan Kuliah. Time tu lah dapat modul, time tu juga buat penerangan. Dalam jadual kata ada Ice Breaking, tapi tak buat pun. Then, naik dorm cop katil.. Haha! Rasa menyesal bawa beg roda. Kau tahu Jah, aku terpaksa angkat beg aku ok. Berat gila. Macam macam harta karun aku bawa pergi sana. 3 hari 2 malam je kot. Bak kata sorang budak SBPI, ni macam nak menginap seminggu ni.. Kurang asam kan? -_-'.. Haha! Nasib aku baik, dapat katil bawah and dekat dengan kipas. 

Then then, makan tengah hari.. Time nak pergi sana, aku terasa diri ini sakai. Bayangkan aku pakai baju sekolah dengan syria hitam plus selipar. On my way ke sana, orang sekeliling pandang macam... Hurm, tengok orang semua pakai kasut, berstokin siap huh. Ya Allah sumpah segan. Tapi apakan daya, cacing dalam perutku sudah menyepak nyepak minta makanan, so pergi jelah! Haha! Makanan dia, mmmm, no comment.. Kang aku cakap ada orang tahu tak pasal pasal kena nanti. Haha! *muka innocence*.. Time nak balik dorm, something happen. Ya allah AIDA NAJWA, kawan baik aku dekat STP dulu. Tak sangka aku boleh terserempak dengan dia. Ingatkan nak mengelak, tapi Allah ketemukan kiteorang juga. Actually malu rasa nak jumpa dia. Result aku tak sehebat dia, kalau dulu kiteorang sama. Sekarang kami berbeza.Tergamam seketika. Aku terus peluk dia. Time tu mata dah berair. Demi Allah aku rindu dengan insan bernama Aida. Dulu dia yg bagi semangat untuk aku belajar, bila aku pisah, aku tak semangat and that cause my result become worse and worst. Dia cakap nanti jumpa and seriously aku tak sabar tunggu waktu tu.. Hehe! *smile broadly*

So, petang tu program Add Math. Duduk dalam kumpulan. ada 8 orang je. Kau tahu orang lain sampai 11 12 huh. Kiteorang sikit je. Then 2 orang budak SBPI join group tu. Soalan susah gila ok. Memang banyak tak jawab. Tapi usaha sampai boleh. Dibantu dengan budak SBPI, alhamdulillah semua terjawab. Dieorang baik, tak kedekut ilmu. Ajar satu satu. Haha! *terasa diri bodoh seketika*.. Haha! Then, aku memang dah tak sabar nak tunggu waktu balik. Nak terjun atas katil, sedapnya. Haha! Pening rasa jawab soalan Add Math macam tu. After that, siap siap untuk makan malam. Aku ni bawa 6 pasang baju kurung, so sepanjang program ni akulah Gadis Melayu Terakhir.. Haha! *muntah darah :'O~~~.. Dinner dia oklah juga. Hurm, time solat rasa tenang sangat. Tak tahu kenapa. Time ngaji kiteorang buat bulatan. Baca Yassin ramai ramai. Huhu! Aku nak pergi dekat Aida, tapi dia dengan kawan dia, takpelah malas nak ganggu.

Then sambung balik program Add Math. Malam tu jawab soalan kertas 2. Soalan dia susah gila. Ada sorang cikgu ni nama dia Busrah, dia memang hebat dalam Add Math. Siap cipta formula sendiri untuk jawab Add Math tau. So sekarang, aku dah paham Integration atau Perkamiran.. Haha! Malam tu bukan study sangat pun gelak je lebih weyh. Tak fokus sangat, sebab bagi aku, aku tak selesa belajar macam tu. Time tu time aku tidur. Mana ada study lewat malam..

Malam ramai ramai. Dieorang bawa turun tilam. Tidur dekat bawah. Huhu! So hempit hempit jelah tidur malam tu. Tapi apa apa pun, study dekat sana memang best,. budak budak SBPI semua tak sombong. Yg paling buat aku happy ialah dapat jumpa mereka kembali. Syukur kepada Allah kerana pertemukan kami semula. *Sujud Syukur*



 Till then, take care, bye :D

19 September 2012 - A Night To Remember

Assalamualaikum..

Kisah ini tidak berhenti petang itu, tapi diteruskan sehingga malam itu.. Dinner malam tu saja turun lambat, lagipun dah tak ada apa apa nak dikejar. Cikgu Marina dengan Nadia sempat singgah bilik kami. Time tu aku tengah siap siap! Kau tahu Jah, aku rosakkan hairdryer dekat situ. Aku keringkan tudung syria aku, alih alih dia mati. What? Rosak? Cikgu Suzy slumber je kata, buat dek je, nanti cakaplah benda tu rosak dari awal.. Haha! Turun bawah, duduk semeja bersama. Cikgu Marina ni dalam senyap berpinggan pinggan makanan dia makan. Haha! Ini kenyataan. Malam tu dinner oklah. Cuma orang dah tak ramai. Ramai dah balik petang tadi. Jadi lengang pula. Apabila cikgu tiada, mulalah kami bergosip! Macam macam cerita pula si Nadia ni. Time tu last time jumpa dengan Mariam, dia dah nak balik! Huhu! Bye bye *waving hands*...

Dah habis makan, Nadia ajak pergi The Zon Mall.. Ya Allah kali keempat aku pergi.. Gila gila! Aku rasa orang kedai tu pun dah kenal aku! Haha! Johan pemidato tu siap belanja kiteorang Ice Cream McD ok.. Baik kan? See, dapat RM3000 tapi still belanja kawan kawan dia. Huhu! Lepas tu sempat snap gambar semua, husband Cikgu Marina sampai.. Aku hantar nadia sampai kereta. Rasa sedih juga time tu! Sempat peluk kiss dia semua! Yalah, bilalah dapat jumpa lagi lepas ni kan? Masuk balik hotel dengan Aisya, duduk dekat lobby! Sitting there, doing nothing! Just talking about anything, a boring conservation! Hurm.. *jerit kebosanan*.. Cikgu aku pula malas nak jalan, Cikgu Aisya tak ada! Ala, nak buat apa! Call Amalina, dia tengah jalan jalan lagi! Ok jealous.  Then, Angah call. Entah apa hangin dia call aku! Ada ke patut dia gelakkan adik dia. Mentang mentang aku kalah, sampai hati dia! Sempat kata dia tak makan coklat murah bila aku kata aku beli coklat untuk dia! Kurang asam punya abang! Tetiba rezeki Allah bagi dekat aku.. Ada abang PNB tu duduk lepak dengan kiteorang. Then, aunty aunty PNB pun join! Dieorang tanya kiteorang nak pergi mana? Kiteorang jawab duduk dekat lobby je.. Sedihkan? Sekali dieorang ajak kiteorang join dieorang jalan jalan. Ya Allah rasa nak jerit je time tu.. Thanks to them *kiss pipi*..

Memandangkan kereta tu besar, aku dengan Aisya duduk dekat belakang sekali. Tak sangka dieorang bawa aku jalan jalan! Rasa excited, happy tak terkata! Call Cikgu Suzy, tak angkat pula. Tapi aku dah send text dekat dia! Tidur maybe. Yeay, finally dapat juga aku pergi Pasar Karat. Dalam kereta memang aku tak henti gelak, seriously dieorang memang kelakar... Hahahahahaha! Sampai sana, tengok kawasan tu macam teruja pula. Jalan jalan then singgah satu gerai ni. Aunty aunty tu nak cari ICE WATCH untuk anak anak dieroang. Aku follow je, asalkan dapat jalan. Last sekali beli dekat satu gerai ni, Cina yg jual tu naik pening layan aunty aunty ni tawar harga! Dari RM30++, dapat RM20. Hebat tak hebat? Huhu! Muka Cina tu memang marah, tapi aunty aunty ada dieorang kisah? Bak kata dieorang, CUSTOMERS ALWAYS RIGHT.. Erh, kebetulan jumpa Mat Ganu, Fikri, Nuril, Syahmi and the geng dekat situ. Dieorang from Danga Mall. Amboi kemain jauh jalan ye? Si Aisya dah plan nak lepak lepas ni.. Aku on je. Kesian dekat Amalina, lama dia tunggu. Bila dia dah sampai hotel, kiteorang pula keluar.  Dah puas berjalan, kiteorang balik hotel. Sampai hotel, ucap terima kasih semua, kiss pipi aunty aunty tu. Yelah, orang dah bawa jalan, mestilah baik dengan dieorang kan? Sempat dieorang suruh aku belajar rajin rajin sebab SPM tak lama lagi. Huhu!

Balik hotel, pergi cari Amalina. Bila si Amalina dah keluar, memang ambil gambar lah kerja kami. Dia pakai DSLR, haruslah bergambar. Si Fikrilah jadi photographer tak berbayar malam tu. Dia suka sangat main camera. Then, tak tahu arah tuju, kiteorang decide pergi makan depan hotel. Gila, makan lagi! Aku ni memang tak tahu mana lagi nak sumbat makanan semua tu. Sampai sana, terus aku order air favourite aku, Tembikai. Huhu! Si Amalina dari tadi dok merengek lapar terus senyap bila dia order nasi dengan sambal udang!  Si Fikri tak boleh blah, sampai dua cawan dia order. Haus gila. Ikut cerita dia, diaorang semua kena tipu dengan pakcik cab. Tapi yg untungnya ada orang kaya Singapore belanja makan and bagi duit belanja. Oh god, seriously jealous! Tengah makan. sempat ambil gambar. Kenangan gitu.. Bila semua dah kenyang melantak, decide balik hotel!

Ni cerita dekat hotel paling tak menahan, time nak naik lift, terserempak dengan Soekarno. Budak budak ajak dia lepak and dia ok! Huhu! Aku tak ingat level berapa kiteorang naik, tapi dekat situ ada kerusi nak duduk! Tapi Ya Allah bahang gila dekat situ. Yg buat aku tension, ada orang gila dok main call call aku! Tu nombor private, tapi siapa lah dok I YOU dengan aku! Terus aku off! Annoying gila ok! Dah puas ambil gambar dekat situ, kiteorang turun bawah. Tingkat 5 kot, buka je jumpa club.. OMG *tutup mulut*.. Bau dekat situ bau arak.. Kuat gila.. Nak termuntah! Aku tak bau.. Aku tak bau *muka tak innocence*.. Haha! Then turun balik lobby. Duduk situ senang, ada kerusi, ada air cond.,. Tak panas, hati pun senang! Macam macam topik keluar malam tu, dari setiap negerilah. Siapa entah call Fazian, then dia turun. Bak kata budak budak ni, tak syok tak ada Faizan. Dia turun dengan Az. The first time I saw him I felt like Oh Mak Guard.. Terkejut mak nyah! Dia pakai shirt dengan short paras peha je.. *terkeluar anak mata*.. Hahahaha! Dia datang je, takde sit untuk dia. Diri jelah! Last last duduk atas meja, then bersila atas karpet! Bila si Faizan ada, aku tak henti henti snap gambar dia dengan budak budak ni! Semua tergelak dengan aksi spontan dia yg memang sah kelakar. Dia cerita hantu, tapi tak seram langsung kelakar adalah! Aku ni langsung tak faham bahasa Sabah, nasib baik Amalina sama Soekarno translate kan! Aduhai, blur je memanjang! Si Fikri pula cerita pasal Pahang dia! Pasal gua kot, tak ingat! Amalina nyanyi time tu.. Sedap suara dia! Mat Ganu aku tak ingat dia cerita apa, sebab aku concentrate main text dengan ________. Hehe! Si Nuril tanya aku Melaka ada apa? Hey Melaka ada apa? Nak je aku jawab, ada manusia, binatang, bangunan, kenderaan! Last last aku jawab A Famosa. Malas aku nak describe Melaka. Nothing special MAYBE... 

Malam tu macam macam benda borak, gelak tak ingat dunia budak budak ni! Sekali pak guard datang, free free kena marah "DIK SINI KAWASAN TAK BOLEH BUAT BISING".. I felt like OH? ERH? o_O... Kurang ajar gitu! Budak budak ni sarcastic habis. Diaorang gelak kuat kuat then angkat kaki keluar! Jahat! Duduk depan pintu masuk hotel, then kiteorang nampak orang mabuk.. *muka terkejut*.. Aku fikir dia kemaruk nak joget dekat kelab, sampai dekat luar pun joget, rupanya terhuyung hayang sana sini sebab Mabuk.. First time aku tengok orang mabuk dalam real life.. Oh macam tu rupanya.. Kesian aku, itu pun aku tak tahu.. Then, naik level 11 untuk lepak lepak.. Time tu aku memang dah penat gila.. Last sekali, budak lelaki balik bilik, aku dengan Aisyatul pergi lepak bilik Amalina. Roommate Amalina dahlah tidur, kiteorang memekak macam apa je. Aku lagi bagus, melantak maggi Amalina. Ish tak malu makan orang punya. Tapi Amalina ni sporting gila. Lagi satu dia tahu colour favourite aku pink. Dia kata dia tengok personaliti aku dia tahu aku suka pink.. Wah Amalina hebat mu..

Last sekali, dekat pukul 3 lebih, aku dah tak tahan ngantuk. Ajak dieorang hantar aku balik bilik! Gilalah kalau nak balik sorang sorang. Bilik dahlah level 8.. Kan ada orang mabuk buat apa apa ke.. OH TIDAK!!!!! Hahaha. Sengal. Balik bilik, cikgu memang dah tidur.. But before that, sempat wish goodbye dekat si Amalina dengan budak budak lain. Takut esoknya tak sempat jumpa kan... Naik atas katil, terus aku lena.. Fuuhhh, sedapnya tidur.. Dah tak ada apa yg perlu difikirkan.. 

Esok pagi, Cikgu Suzy yg kejut aku solat Subuh. Tengok jam pukul 6.30. Si Aisya nak balik pukul 7. Terus aku bangun. Check hp, si Amalina dah balik. Tak sempat jumpa *sigh*.. Dengan tak mandi aku turun lobby dengan Cikgu Suzy. Jumpa Aisyatul kejap! Erh si Nuril pun ada. Dieorang balik sekali memandangkan flight sama. Sempatlah borak pasal someone. Huh, amek kau, tahu gelabah siapa suruh melayan. *Cc to that person*..  Jangan marah. Lepas dieorang balik, Cikgu Suzy ajak sarapan. Kau tahu nok, aku pergi sarapan dalam keadaan TAK MANDI. Ya Allah teruk perangai anak dara sorang ni. Walau apa-apa pun, malam tu memang malam paling best. Korang memang sporting dan aku rasa enjoy dengan korang.. I'll gonna miss you all friends :)

p/s : hampir diserang asthma gara gara minum jus tembikai. terbatuk batuk aku tidur.. hahahaha XD



Last Dinner together :)

Minum minum..

Thanks to my photographer : Fikri

 Moment before going out


Haha! Look at the boy wearing black shirt XD


Rasa sangat rapat walaupun baru kenal..

We're PEMIDATO and we're the best :P


Goodbye Johor... I'll gonna miss all the moments :')

Wednesday, October 03, 2012

19 September 2012 - Fighting Among The Best

Assalamualaikum..

Kali ini rentetatan kisah hari tu.. Yelah kan 4 hari tu banyak sangat benda aku nak cerita..  Memandangkan aku tak masuk final, so hari ketiga tu melepak je lah. Pagi tu memang bangun lambat, pukul 6 lebih.. Kunci jam pun aku tak dengar. Ish teruk gila.. Last sekali Cikgu Suzie yg kejut aku.. Nasib baik baju semalam tak kedut mana.. Siap siap semua, pergi breakfast dengan berpakaian sekolah. Well hello, why everybody were looking at me? Yeah, memang aku tak masuk final but I was weird wearing the school uniform? Then Faizan tanya kena pakai baju sekolah ke? Nasib baik Aisyatul ada. Kiteorang cakaplah last year kena pakai baju sekolah. Dia just cakap "Oh begitu ya".. *sambung makan*.. Budak budak ni dah pakai T-Shirt semua. Tinggal pemidato je pakai baju sekolah. Whatever lah. BAJU SEKOLAH pun jadi isu.. Lagi tak puas hati, you know what mihun goreng tu macam getah.. I mean dia keras*hentak garfu dan sudu atas meja*.. 

Decide dengan Asiyatul untuk tukar baju. Cikgu Suzy dah masuk dewan, aku balik bilik. Si Aisyatul ikut aku. Tiba tiba si Nafisah ketuk bilik aku, yelah bilik sebelah sebelah, yg memisahkan cuma pintu dekat dinding tu. Si Nafisah dah siap pakai shirt dengan jeans lagi. Amboi, kemain lagi. Dia kata si Mat Ganu call di pagi tadi, kata boleh pakai baju biasa.. Ehem ehem Mat Ganu call tu.. Hahaha! *acu jari telunjuk*.. Haha! Dengan pantasnya aku menukar pakaian aku. Haha! Ok, that day I chose to wear Jeans, Purple shirt and my favourite Pashmina. Huhu! Dengan tudung tak betul, aku melangkah ke tingkat 10, bilik Aisya. Dia pun nak tukar baju katanya. Duduk dalam bilik dia, dengar lagu Korea gitu.. Huhu! Dah siap semua, turun bawah balik, suruh Nafisah jemput depan dewan. Kalau nak tahu, sebelum aku masuk dewan, budak budak ni dah kena halau. Kau tahu kenapa? TAK BOLEH PAKAI BAJU BIASA.. What the frog? At that time, rasa macam nak menyumpah nyumpah je. Tapi tahan je lah. Geram dengan Mat Ganu rasa, nak cekik je dia. Huh! Grrrr~~~~ >_<'*.. Penat ok, turun naik tu, then bukan main susah aku nak lilit pashmina ni, alih alih kena tanggal balik. Baju basah dengan peluh je. Huh, seriously aku geram. Terus senyap, malas nak cakap. Sampai depan lift, sempat snap beberapa keping gambar.. Kenangan yg menyakitkan hati.. Balik bilik tukar balik baju, gosok balik tudung. Ya Allah penat sangat. Mengeluh je time tu. Dah siap semua, turun balik dewan. Nasib baik Nadia dah cop tempat. Dekat dengan finalist pemidato. So boleh gelak banyak banyak nanti.

Time budak budak ni nak tunggu turn, diaorang sempat snap gambar, tukar no phone, tukar FB dan sebagainya. Huhu! Aku pun sama ok! Kalau aku first thing aku akan tanya "ADA BURUNG BIRU TAK? HAHA! TWITTER LAH".. Haha! Jangan fikir lain ok kalau sebut burung burung ni! Opss! *tutup mulut, mata melilau*.. Haha! Kiteorang ni yg tak masuk final pun tetap bagi sokongan ok dekat pemidato pemidato tu. Yelah, support kawan. Even baru 2 hari kenal, rasa macam dah kenal lama. Seronok sangat! Sempat lagi aku buat latihan Add Math dekat situ. Serious bosan ok! Dah buat tu, si Fikri pun nak buat, then Halil pula, then Atikah, then Aisyatul then Mariam. Semua dekat situ nak buat. Lawak pun ada. Aku malas dah nak fikir, soalan SBP ADD MATH memang susah. Better layan lagu lagi syok! Tapi aku ingat lagi, si Nuril jahat gila time tu. Dia saja dekat dengan Soekarno nak kenakan Nafisah. Memanglah si Nafisah minat dekat Soekarno, tapi agak agaklah ye Nuril. Dia buat si Nafisah terus moody pagi tu. Hish, rasa nak sekel kepala si Nuril ni. Bila time minum pagi, dia kena serbu dengan aku and Aisya. Tahu kau takut erh? Terus dia pergi minta maaf. Nafisah buat dek je. Haha! Sumpah lawak ok! Belum tambah dengan Faizan yg asyik dengan gelagat dia. T6ak henti gelak! Hahaha 

Time nak pergi lunch, budak budak sekolah sekitar Johor dah sampai dekat The Zon Hotel. Tapi kiteorang makan tak sekali dengan dia. Time tengah hari tu aku balon banyak banyak. Masuk awal, sempat cop meja yg panjang tu. Konon nak cop untuk budak lain. Haha! Bersemangat betul. Makan benda berat sikit je, tapi cake aku balon banyak banyak! My favourite lah katakan. Huhu! Dah siap makan semua, pergi jalan dekat The Zon Mall, cari coklat lah. Pergh, penuh dengan budak budak dekat situ ok! Shopping juga! Huhu! Aku belilah sikit coklat untuk family. Then, balik semula ke dewan, tapi takde orang. Duduk situ kejap sebab si Aisya dah pening naik turun lift. Lift tu dah lah laju. Duduk kejap dah sampai bawah. Gila! *tekup pipi*. Haha! Sekali cikgu call, card bilik dia tak boleh activate. Berlari aku naik atas, tapi dekat lift tak boleh nak swap card. Gila card aku pun dah tak activate. Turun bawah pergi receptionist, konon nak update. Dengan bangganya aku kata bilik aku 832. Naik atas, swap balik dekat bilik, tak boleh,. Tengok nombor bilik, Ya Allah 823. Apa aku ni, benda ni pun lupa. Berlari balik turun bawah, tukar card. Seriously penat gila. Nasib baik boleh buka lepas tu, Cikgu Suzy pun tak bising. Rehat kejap, solat semua, touch up, turun balik dewan. Rasa macam robot hari tu. Haha!

Sampai dewan, fuyoo orang PNB dah cop tempat untuk peserta. Depan tu. Nasib aku baik, aku dapat sit betul betul depan pentas. Memang jelas gila. Depan pula tu. Huhu! Rezeki ok. Duduk beberapa minit, Tan Sri Hamad Kama Piah pun sampai. Kiteorang terus diri time. Then ada nyanyian lagu Negaraku. I dont why waktu ni rasa bersemangat nyanyi lagu patriotik. Ada rasa patriotik dalam diri. Huhu! Dah tamat tu, pertandingan Kuiz Pelaburan Bijak pun mula. Tapi SMK Penggawa Barat dah heading dulu! Fuyoo, banyak gila point dieorang. Bila soalan keluar belum habis pengacara tu baca, diaorang dah tekan buzzer. Betul pula tu jawapan dia. Wah, hebat gila. Sekolah lain dah start runsing nak kejar. And finally sekolah tu yg menang. Kalau nak tahu dah 5 tahun SMK Penggawa Barat jadi Johan Kuiz Pelaburan Bijak. Seriously hebat *muka terkejut*. Then, pertandingan pidato mula. Sampai turn Nadia, memandangkan dia last, kitaorang terus sorak. Huhu! Habis tu, dengarlah ucapan semua tu. Aku ni duduk sebelah Nafisah, memang tak berhenti bercakap. Bila penat aku cucuk telinga dengan earphone. Malas nak layan. Haha!

And tibalah waktu pengumuman.. Seperti yg telah diketahui, SMK Penggawa Barat memang dah menang dari awal lagi! Cuma pidato je belum! Debaran tu memang terasa even aku kalah awal awal lagi. Hehe! So, tempat ketiga dapat dekat Amirul from Jeli Kelantan.. No 2 pula Syahmi from SMK Rosli Dhobi.. And Johan jatuh kepada NADIA from SMK Ulu Tiram. Time tu, memang dah jangka dia menang! She did very well, nice speak and good spontaneous. Memang dah pakat dengan budak budak ni kalau Nadia menang kita tepuk kuat kuat then diri ramai ramai! Memang betul dia menang, aku terus berdiri. Lama pula tu...Haha! Even tak sama negeri, tapi still support ok! Maybe sebab rapat kot. Haha! Rasa happy pula dia menang! Huhu! Dah habis tu, pergi makan lagi dekat mana entah! Time makan tu memang best ok, ada kumpulan from Johor mainkan alat muzik tradisional sewaktu kiteorang makan. Memang seronok sangat time tu! Huhu! Aku balon je semua yg ada depan mata! Tiba tiba si Faizan dengan Amalina panggil aku, diaorang ajak mandi pool sama sama! Huhu! Si Faizan siap buat gaya ala ala perenang gitu! Haha! *guling atas lantai*.. Bergegas aku balik bilik! Tukar baju semua, tak sabar nak mandi pool ok! Haha! Saat yg ku nanti!

Turun Level 7 dengan Aisya and Nafisah. Terserempak dengan Faizan sama Amalina! Mereka bilang mereka mahu jalan sama cikgu mereka. Tak jadi mandi! And that time, rasa hampa sangat! Baru nak lepak sama sama! Kebetulan si Nadia baru naik, terus kiteorang ajak pergi pool! Dia lagi excited nak mandi! Kelakar gila! Sempat aku snap gambar dengan replika check RM3000. Even tak dapat duit, dapat pegang pun jadilah! Huhu! Sampai pool, jumpa Mariam pula. Dia tak jadi balik petang ni! So, dia join kiteorang! Tak ku sangka tak ku duga, budak budak lelaki sudah memenuhi pool. Mandi manda bersama sama! Alahai, terbantut niat aku nak berendam dalam tu! Duduk lepak lepak situ, ambil gambar! Yg mandi si Nadia je. Kesian dia! Si Nafisah pula tak habis habis pandang someone! Cannot mention *zip mulut*.. Haha! Bila budak lelaki dah blah, kata nak pergi Danga Bay kot, aku terus terjun dalam kolam! Haha! Nak puaskan hati si Nadia! Kesian dia, merajuk tak sudah sudah! Tapi yg best sempat snap gambar dalam kolam! Huhu! Dekat pukul 7, terus balik bilik! Jumpa balik time dinner. Tapi sedih, Nafisah dah balik! Hurm, dah tak syok malam ni.. Selalunya dia yg buat plan apa apa! *lap hingus*..  Balik bilik, layan Kau Yang Terindah kejap, then release tension dalam tube mandi. Wuuu, seronok sangat! Nasib baik tak tidur, kalau tak kecut aku. Kurus si Aren balik Melaka nanti... Hahahahahahahahah




Pemidato peringkat akhir..

Kedah + Johor + Sabah


 Thumbs up for Pidato

 With Nafisa.. Hey I'm wearing spec :P

The boys who are finalist... Deabak !!!

RM 3000? Wow.. for JOHAN only..

From level 7 around Swimming Pool