Assalamualaikum..
Hari ini bermulanya SPM.. Woi, SPM woi.. Seriously sekejap sangat masa n berlalu.. tup tup dah SPM.. Haha.. Alright then, BM pembuka SPM.. Macam biasalah kan.. Tak adanya dia letak Biology untuk hari first..
So malam sebelum exam memang tak lena nak tidur.. Yelah, takut kot.. Kecut perut eden.. Hang apa tau.. Macam macam benda aku fkir, esok nak tulis karangan pasal apa, novel keluar apa, komsas yang mana satu.. See? Ingat senang ke SPM ni.. Boleh potong jari tau.. Haha.. Tapi sempatlah bincang isi karangan malam tu.. Hope tak blank otak aku nanti...
Pagi tu mama sediakan sarapan.. Abah duduk teman aku makan.. Rasa macam tuan puteri gitu. Baju, tudung, beg, kasut, stokin, bekal, ubat dan motosikal semua mama dengan abah dah sediakan.. *kiss pipi, mmuah*.. Ecewah padahal memang hari hari abah dengan mama sediakan.. Aku just study je duduk rumah.. Kau jangan cakap aku pemalas, tapi mama dengan abah dah sediakan, layankan aja.. Kalau banyak cakap huh kau buat sendiri semua.. Huhu..
Untuk hilang gelabah mama dengan abah ikut aku hantar aku.. Sampai je sekolah, budak budak ramai dah ada.. Alamak di situ aku lupa bawa jam.. Minta sedekah dengan abah.. Yelah aku duduk depan sekali, susah nak tengok jam.. Orang lain sibuk membaca, aku jengah macam tu, tengok penanda wacana, peribahasa, ungkapan... Mama dengan abah still tunggu.. Sampai waktu nak masuk exam, aku terus salam Cikgu Hadijah Sebah.. My favourite BM teacher.. She's the best.. *thumbs up*.. Huhu.. Peluk then kiss mama, rasa nak nangis.. Sebab apa? Sedih? Aah aku sedih sangat nak masuk exam.. Haha! Erh takutlah.. Gila kau tak takut.. Haha.. Nasib aku baik sebab jawab dalam kelas tercinta.. Ecewah.. Haha.. Tapikan pengawas yg jaga tu macam, hurm macam.. Haha.. Taknak mention. Macam mengutuk.. Biaq pi sama dia, ada aku kisah.. *tangan di bahu mata ke atas*.. Haha..
Dapat je soalan, alhamdulillah tak susah mana.. Satu pasal Aktiviti Hari Kebangsaan.. Entah apa aku merepek pasal tu.. Then , karangan terbuka aku jawab Faedah Menyertai Program Motivasi.. Huh, yg tu sekali 6 isi, 8 perenggan aku balon.. Risau isi salah.. Saja bagi lebih.. Peduli apa.. Penanda WAJIB baca.. Kau tak baca nahas kau.. Haha! *bajet gangster*.. Nasib baik cukup cukup je kertas.. Tak payah minta.. Huhu
Rehat lamalah juga.. Habis pukul 10.30 then sambung balik pukul 2.00.. So lepaklah dekat surau.. Solat Dhuha then Hajat.. Sambil study semua.. Aku rasa study takdelah sangat, just lepak makan makan.. Jengah sikit sikit je.. Haha! Lepas solat Zohor, kecut perut ni datang lagi.. Takut sangat bahagian novel.. Bila turun bawah, aku lepak dengan Sathiya kejap.. Borak pasal novel.. Time naik tangga Sathiya dengan bangga cakap LATAR MASA tak masuk.. Haha.. Aku buat dont know je lah..
Dapat kertas 2 BM, terus aku selak bahagian belakang.. Kau tahu Jah, terkejut mak bila tengok LATAR MASA keluar.. Huhu.. Sathiya, Sathiya.. Tergelak aku time tu.. Semua dah geleng.. Ah matilah, tibai je.. Haha.. So far paper 2 tak hard mana.. Cuma banyak tanya Nilai Kemanusiaan.. And yes aku salah.. Ya Allah lepas je habis exam, aku rasa nak nangis.. Sebab salah. Balik rumah mama tenangkan aku.. Takut semua ada ok.. SPM, bukan exam biasa...
Tapi apa apa pun terima kasih dekat Cikgu Hadijah.. Sebab dia aku dapat jawab exam dengan baik.. Mama dan abah thanks also for supporting...



No comments:
Post a Comment