JellyPages.com

Sunday, June 29, 2014

Iskandar Shah Dalam Kenangan (2011-2012)

Assalamualaikum...

Hari Rabu lepas aku ke sekolah lama aku untuk repeat Ujian Muet.. Band aku lepas je untuk masuk U, tapi aku sangat tak puas hati dengan keputusan tu. So aku repeat balik. Aku pun tak tahu kenapa aku repeat.. so on that day, abah hantar aku ke SIS pagi tu. Guard tu punya kecoh tak kasi abah hantar sampai atas. Aku jalanlah kaki dengan budak sekolah yang lain. Semua pandang aku dengan pelik. Yelah datang pakai havoc havoc mana orang tak pandang.. Daki bukit pakai heel, dengan handbag lagi.. Hahaha.. Sampai library tak ada orang.... OMG! :O ! Tanya punya tanya rupanya dekat bangunan Form 6.. Gila, aku jalan sampai sana semua pandang. Mesti orang ingat aku cikgu baru. Hahaha. Nasib baik jumpa Teha Syikin. Dialah tunjuk arah. Tapi kesian Rafhana tak sempat borak dengan dia.. Sampai je, ada budak Cina follow aku. Aku sebenarnya lupa location tu, aku naik sampai tingkat 4. Padahal tingkat 3.. Dia ikut je aku. Haha. Sampai je kelas tu tak ramai pun orang, peliknya ada orang tua.. Selama aku MUET dekat UM, takde pula orang tua.. Girls lain sibuk hu ha hu ha. Aku senyap je. Then ada budak Cina MMU duduk sebelah aku. Kiteorang borak in ENGLISH. He cant speak Malay fluently.. Rancak ah borak. Yang lain pandang slack dah dekat aku. Haiyaa tu pun problem ke? Pleaselah.. Finally I met Nishaa, one of my classmate.. Lama tak jumpa peluk cium semua.. Ingat aku ni Melayu tak peluk Indian ke? Aku anggap semua sama. Asalkan diaorang baik. I'm ok.. Alhamdulillah aku dapat group dengan sorang kakak ni and sorang cikgu. Borak kemain lama tunggu turn. Acah acah study sikit. LOL! And alhamdulillah topik aku dapat senang.. Youngster problem : Getting a job like one. Yes, makanan aku.. Senang je aku cakap. Tapi paling awkward time discussion. Ada lagi 2 minit aku main bedal nak tutup. Hahaha. But i really respect dengan examiner. Sangat baik and sangat mesra. Senyum and takde muka ketat macam dekat UM dulu. I hope I can attract their attention.. Ok selesai pasal MUET..

Lepas MUET, aku ke office, nak ambil sijil SPM. Tapi kerani pula takde. Duduklah depan office tu. Ramai juga cikgu aku jumpa.. Semua aku pergi salam peluk cium. Tanya khabar aku, study mana. Doakan berjaya. Ya Allah, terima kasih cikgu semua. Terharu sangat.. Untunglah aku, jadi kesayangan cikgu. Hahahaha

Sambil sambil duduk tu, aku tengok reaksi pelajar sekolah aku. Ada yang jalan ke tandas bawa satu geng. Ada yang melepak dekat balcony. Ada yang tolong cikgu bawa buku. Ada yang melompat sana sini. Ada yang merewang ke kelas sebelah. Ada yang dating. Ada yang berlegar legar time sekolah. Hahahahaha. Ok semua mengingatkan kembali ke zaman sekolah. Allahu! Rindu tak terkata.. Nak nangis time tu.. Serius. Tapi cover ah. Nanti orang ingat aku gila nangis dekat depan office. Hahahaha..

Allah, jika boleh ku undurkan masa. Aku nak sekolah balik. Dulu time sekolah bukan main cakap besar tak sabar masuk U. Bila masuk U, nilah nikmat nya.. Semuanya sendiri. Dekat sekolah cikgu ada, cikgu tolong, cikgu sayang. Serius sangat rindu sekolah. Dan di SIS lah tempat aku mula berdiri menjadi pemidato sampai kebangsaan. Dan aku takkan lupakan jasa Cikgu Anita dan Cikgu Bahiyah. Terima kasih kerana menjadikan aku seorang gadis yang mampu berdiri dan berkata kata di hadapan khalayak ramai dengan yakin tanpa segan silu... Allah yang mampu balas..

Biarlah, banyak memori pahit di SIS, tapi aku tak pernah berdendam. Aku jadikan itu satu pengajaran untuk terus maju ke hadapan. Biarlah yang pahit dijadikan yang manis.. Insyaallah!







2 comments:

  1. Kt uthm...kena band3 baru boleh grad. Sshla kita y x bijak bi ni..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. susahlah macam ni. kalau tak lepas kena repeat lagi... hurm

      Delete