JellyPages.com

Friday, February 08, 2013

Takut

Assalamualaikum..

Oklah hari ni aku nak cerita something. Baca tak tajuk dekat atas tu.. Aku cakap TAKUT.. Hehe.. Ni bukan dongeng aku nak cerita pasal takut hantu ke, takut momok ke, takut apa ke.. Haha! Gila kau kalau jumpa aku pun takut doh.. *lari sepantas kilat* ..Meh aku describe kan sikit tentang TAKUT.. Kalau ikut kamus Dewan Edisi Keempat TAKUT tu ialah perasaan gentar atau bimbang. Haha! Ayat macam nak Berpidato... 

First of all aku nak cakap ni yang aku terlalu TAKUTkan ALLAH S.W.T.. Siapa tak takut Allah memang tak tahu nak cakap apa lah kan.. Bagi aku Allah boleh tarik semua yang kita miliki dalam sekelip mata. Dia yang Maha Berkuasa.. Kita sebagai hambanya perlu sentiasa tawaduk dengan apa yang kita miliki... Diri aku, jiwa aku, hati aku hanya kepada Allah aku serahkan.. Tanpa dia siapalah aku kan? Allah lah yang paling aku takutkan sekali.. Semoga dengan takutkan Allah hidup kita sebagai muslim akan lebih diredhai..

Second.. Aku TAKUT kehilangan Mama, Abah dan Keluarga aku.. Mereka ibarat nyawa aku sendiri.. Mama memang tempat aku luahkan rasa.. Dia pendengar yang setia.. Tak pernah mengeluh dengar cerita aku.. Abah lagilah.. Tempat aku bermanja.. Semua benda aku nak abah usaha untuk dapatkan. Dia terlalu menjaga aku.. Taknak aku hidup dalam bahaya. Walaupun sometimes rasa macam terkongkong, tapi Abah maybe ada reason yang tersendiri.. Its okay lah. Next along angah dan adik.. Kami selalu bergaduh selalu bertekak. Tapi mungkin perasaan sayang dalam family, aku tak pernah ambil hati sikit pun. Kalau dengan orang sumpah aku terasa.. Haha! Tak dapat aku bayangkan tanpa mereka macam manalah aku nak teruskan hidup.. That's why aku takut sekiranya kehilangan mereka..

Third.. Aku TAKUT kehilangan kawan aku terutama sekali kawan baik.. Semua orang mungkin tahu ada perbezaan antara Kawan dengan Kawan Baik.. Bagi aku, kawan baik, aku anggap mereka seperti adik beradik aku sendiri.. Tapi ada orang pernah cakap yang persahabatan boleh terputus sekiranya kita tidak menjaganya. Ya Allah, jujur dari hati memang aku taknak semua itu berlaku. Aku memang taknak kehilangan seorang pun kawan aku.. Mereka tempat aku bersedih, bergembira, berkongsi.. Aku rasa macam tak kisah nak bergurau ke nak berkongsi cerita ke, sometimes nak kerek ke.. Haha! Ish buruk perangai kau Aren.. haha

After that... Aku TAKUT kehilangan apa yang telah aku sedia miliki. As example, hari aku ada hp BB.. Tiba tiba esoknya hilang.. Gila. Mestilah sedihkan? Itulah maksud aku. Tapi aku ni sebagai manusia biasa, kena terima qada' dan qadar Allah sekiranya perkara itu terjadi... Mungkin ujian itulah yang akan menguatkan aku..

Then.. Aku TAKUT nak ambil apa apa ujian. Tak kisahlam UPSR ke, PMR ke, SPM ke. Surely aku akan jadi gementar seterusnya kelam kabut. Itulah watak semula jadi aku. Haha! Nak amek test undang undang pun terpaksa memaksakan diri. Kalau tak tak dapat nya lesen P tu. Tu baru undang-undang belum JPJ. Lagi aku jadi semput.. Haha. Siapa tak takut ujian, gua tabik sama lu....

Next.. Aku TAKUT binatang yang muka pelik pelik.. Seram doh. Kecik besar je aku tengok dia. Tak payah yang pelik, kucing pun aku takut.. Haha! Erh kura kura abang aku yang besar tapak tangan tu aku jerit jerit tengok.. haha! Dasyat aku ni..

Kalau nak cerita banyak juga aku takut.. Takut orang tak maafkan aku kalau buat salah, takut orang benci aku, takut sakit, takut makanan tak sedap, takut jatuh, takut accident, takut kena marah.. Erh macam macam takutlah. Kalau aku cerita satu satu, tahun depan pun tak habis.. Berapa punya banyak takut lah. Memang PENAKUT betul.. *sambil nyanyi lagu Yuna*

Lastly.. Aku TAKUT untuk disakiti lagi. Ramai tanya kenapa single, kenapa tak bercinta.. Aku jadi ngeri bila sebut perkataan CINTA. Dengan apa yang telah terjadi, buat aku jadi serik. Mungkin itulah pengajaran.. Pepatah Inggeris pernah berkata "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER".. That's why aku tak pernah salahkan dengan takdir hidup aku.. Mama selalu kata, kalau kita baik, Insyaallah yang datang itu pun akan baik.. Insyaallah Allah yang tentukan siapa bakal imam ku nanti. Bukan sekarang, bukan esok, bukan lusa.. Mungkin hari yang mendatang. Who knows? Only Allah.. Insyaallah, Amin Ya Rabbal Alamin *usap muka* .. :)



p/s : Adakah aku bermain dengan emosi atau aku je tak boleh terima kenyataan buat entry ni? *blur* .. Hahaha

No comments:

Post a Comment