JellyPages.com

Thursday, January 19, 2012

JPJ TEST

Assalamualaikum

Nie nak story mory sikit kejadian jari nie. 19/01/2012, that is the date I get my licence P for motorcycle. Ya Allah, memang happy sangat sangat time tue. And yes, aku memang repeat untuk kali kedua, tapi takpe, repeat repeat pon aku lulus. HAHAHAHA *gelak besar

Pagi tadi aku bangun pukul 3.50 pagi untuk buat homework sebab hari nie aku ponteng sekolah so homework kenalah passing kat kawan. Rajin kan? HAHA! *sila lempang... Then then, lepas hantar adik kat SKJ, aku pergi buat latihan for the last time. You know what, actually memang tak boleh buat latihan, Sir kat situ dah bising-bising. Aku ngan kengkawan wat bodoh je! HAHA! Lepas latihan, balik rumah, tidur.

Pukul 11.05 pagi aku pergi ke SSDC untuk JPJ test! Abah cakap, "kalau akak gagal lagi, buat malu je, dahlah kali kedua, orang lain buat sekali dah lulus", Mama pulak cakap "kalau gagal lagi mama dah taknak bayar untuk test, akak kumpul sendiri duit" *dalam slang Kelantan... Ok, aku diugut dan terus diugut. Dalam hati nie asyik cakap, bilalah nak berhenti membebel nie. Hurm :(


Sampai sane tunggu dekat 20 minit, then daftar untuk test! Aku orang first ok daftar! Tengok turn aku no 2, no 1 tue ade Indian! Fuhh, selamat! *lap peluh... Lepastue, pekerja kaunter tue salah bagi kad, free free je aku kena marah dengan Sir. Turun balik pejabat, ambil no baru! Aku tengok muka orang JPJ tue ketat je, takut tau!  

Pukul 12.50, test start! Time tue, hujan renyai renyai! Sampai turn aku, hujan makin lebat! Adoyai, memang dugaan betullah! Kat titi tue, rasa macam nak jatuh, cepat cepat kawal minyak. Laluan CONE paling aku gerun. Di situlah tempat aku gagal! Laluan tue dah jadi mimpi ngeri untuk aku! For today, aku dah tak main brek macam last test! Ade ke bebal pergi main brek kat situ, huh amek ko sekali motor berhenti kaki jatuh. Ok, aku FAIL! Tapi dululah, sekarang aku LULUS! HAHA *flip pashmina


Huh, Kat bahagian Brek Emergency, aku hampir fail. You know what, lepas test brek kecemasan, motor aku mati secara tiba-tiba! Nasib baik luar garisan, kalau dalam aku rasa fail kot! Cepat cepat start, takut fail! Tersengguk sengguk bawak motor sebab lupa tukar gear 2! HAHA! Sampai Laluan No.8, Aku disimbah air hujan! Pergh habis lencun lah! Banyak betul dugaan...

And finally Sir bagi result kat aku! Dia cakap aku LULUS! Markah aku 19/20! See, aku dah tebus balik kesalahan yg lalu! And now aku dah dapat lesen P! Terus jumpa Mama sambil lompat-lompat! Jerit jerit lagi! HAHA!

Syukur, Alhamdulillah, aku dah lulus! So, after this, aku akan pergi sekolah naik motor! Nie nak mintak mama beli motor nie! HAHA! Thanks Allah S.W.T, Thanks Mama and Abah sebab sanggup tunggu tadi :D


I just want to share about my story, if there is any mistake, I beg for your forgiveness. Please don't hate me... Peace yoo :)


Till then, take care, bye :D

p/s: Aku langsung tak senyum tadi! Wat muka macam nie je -.-' ! HAHA