Assalamualaikum...
Dah seminggu result UPU keluar.. Aku ingat lagi hari result keluar aku bawa Mimi dengan Ain pergi pusing Melaka sebab diaorang datang dari Kelantan nak jalan jalan dekat Melaka. Hehe.. Time ronda ronda memang tak best kot. Sebab apa, handphone aku tak henti orang call, text, Whatsapp, Wechat.. Hurm semua nak tahu U apa aku dapat kot. Susah betul jadi orang popular ni! Time dekat Coconut Shake Kelebang abang aku check kan... Dan Alhamdulillah aku dapat KOS yang aku nak.. Tapi bukan U yang aku nak.. Itu hakikat yang perlu aku terima. Allah duga aku sebegini rupa. Aku terkedu buat seketika dan berpura pura happy dengan abang aku.. Bohonglah dah setahun duduk UM, takkan taknak sambung degree dekat sana. Waktu isi UPU, aku betul betul target nak masuk UPM. Sebab kos yang aku nak tu dekat situ.. Memang nak sangat kalau tak dapat UM... Tapi Allah anugerahkan aku dengan U lain.. Hiba hampa luluh hati ni Allah yang tahu. Aku menangis tak henti. Lepas je budak 2 orang tu pergi KL, aku 2 malam non stop crying menatap nasib nak mengadap manusia sekeliling aku lepas ni. Nuha lah jadi tempat aku lepaskan semua. Yang tahu aku dapat degree kat mana hanyalah family aku dan Nuha. Yang lain aku main tarik tali. Aku tak kata aku dapat mana sampai mereka sangkakan aku dapat Utem. Dan aku hanya senyum. Tidak mengiyakan tidak menafikan. Biarlah mereka anggap aku duduk situ..
Aku asyik buat perangai dekat rumah. Kesian Mama Abah dan Angah. Urusan U aku semua diaorang yang settlekan. Habis paksa baru aku ikut nak settle urusan U. Urusan bank 2 kali buat kot sebab yang first tu aku saja tak bawa surat tawaran. Sampai macam tu sekali aku protes. Kawan baik aku sendiri, Balqis dengan Zulaikha yang aku anggap adik beradik sendiri pun aku sakitkan hati mereka sampai mereka jauh hati dari aku. Ya Allah hinanya diri ini..
Namun aku muhasabah diri. Baru aku sedar ramai lagi kawan aku yang tak dapat U, tak dapat kos yang mereka nak. Huh apa lagi yang aku nak? Tapi Allah Maha Pengasih dia anugerahkan aku satu lagi peluang untuk tebus kesalahan aku. Untuk masa depan aku namun aku tak tahu bersyukur.. Aku sedar inilah peluang terakhir yang Allah anugerahkan dekat aku. Aku kena buat yang terbaik. Buktikan dekat mereka mereka yang aku mampu. Walaupun aku U biasa, aku mampu dekan, aku mampu terima anugerah, dan aku mampu terima tajaan biasiswa. Ya aku mampu lakukannya. Dulu aku sanggup buat apa saja untuk dapat A+ Add Math, sekarang aku kena ambil kembali semangat itu untuk buktikan yang aku mampu walaupun bukan di UM... Itu janji aku. Aku dah tak peduli apa orang sekeliling kata sebab hidup aku, aku sendiri yang hadapi bukan kau. Ya! Aku mampu lakukannya dengan keizinan ALLAH kerana sesungguhnya Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui....



