Jumaat lepas aku dengan family ke Kedah untuk percutian sekejap. Haha! Actually nak jumpa Abang Ngah sebab dah lama tak jumpa dia. On the way to Kedah, aku tidur je dalam kereta. Sampai je duduk homestay dekat dengan sawah padi. Oh my god I was so excited, siap ajak Abah turun bendang semata mata nak ambil gambar. Haha
That night, jumpa family Kak Azie, girlfriend Angah atau senang cerita bakal kakak ipar. Gathering two families, Insyaallah one day will become one. Amin! Kitaorang dinner dekat Cafe abang Kak Azie, Bite Cafe. Ok sumpah awesome dia punya makanan. Cafe dia dekat bahagian atas ada tempat untuk ambil gambar. And the design really old school. Heee
The next day, Angah bawa jalan jalan pusing Kedah. Pergi Muzium Padi lah, Pusat Sains Negara lah, Jeti Kuala Kedah lah. Hahaha dok melayan adik aku sorang ni. Yang pasti aku dapat try Mee Hun Sup Kedah dengan Laksa Kedah. Sedap woo... Ingat ada dekat Melaka. Haha! That night, pusing pusing Alor Setar, pergi Pacific Mall semata mata nak makan McD. Mengidam pelik aku malam tu. Lol!
Esoknya, breakfast dekat rumah Kak Azie then waving Goodbye to Angah.. Till we meet again.. Tapi sayanglah tahun ni dia tak puasa dekat rumah..


